Post info


Comments 2


Author: Geografi STPM .............



Pemanasan global merupakan peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global dan disebabkan oleh aktiviti manusia atau secara semuka jadi.

PUNCA –PUNCA PEMANASAN GLOBAL


  • Pemanasan global berlaku apabila gas-gas seperti karbón monoksida,karbón dioksida,kloro flourokarbon[CFC] ,metana dan nitros oxida menyerap sinaran daripada matahari dan mengeluarkan semula sinaran tersebut,suhu purata atmosfera bumi akan meningkat.Gas-gas ini juga menyerap tenaga haba yang dikeluarkan daripada sistem atmosfera bumi.Ini secara kolektif akan meningkatkan lagi suhu purata atmosfera bumi.

  • Selain itu,pemanasan global juga berlaku disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia seperti penjanaan tenaga elektrik,peningkatan pengangkutan dan penggunaan CFC untuk tujuan pengawalan udara dan sebagai “propellant” dalam bekas aerosol.Oleh itu,hal ini telah menyebabkan pengeluaran gas-gas tersebut meningkat.Sumber  gas-gas seperti ini yang disebabkan oleh aktiviti manusia dinamakan gas-gas ‘anthropogenic’.

  • Masalah ini turut berlaku akibat daripada kesan rumah hijau.Antara gas-gas rumah hijau yang paling banyak menyerap radiasi tenaga haba daripada bumi adalah CFC.CFC pula bertindak dengan gas ozon daripada lapisan ozon dan menyebabkan penipisan lapisan ozon.Lapisan ozon bertindak melindungi kehidupan bumi daripada radiasi berbahaya seperti sinaran ultra lembayung[UV] B.Penipisan lapisan ozon seterusnya akan menyebabkan radiasi seperti UVB sampai ke bumi dan akan menyebabkan peningkatan dalam kanser kulit dan penyakit mata.
  • Pembakaran terbuka juga menyebabkan berlakunya pemanasan global.Ini adalah kerana berlakunya pembebasan gas seperti gas karbon monoksida.kloro flourokarbon  dan karbón  dioksida.Gas-gas ini akan dibebaskan ke atmosfera bumi dan menyebabkan IPU meningkat.Oleh itu,pemanasan global akan berlaku.   
  •  
    LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN PEMANASAN GLOBAL
    • Antara langkah untuk mengelakkan berlakunya pemanasan global ialah mengurangkan penggunaan CFC. Bahan yang mengandungi CFC seperti peti sejuk, pendingin hawa, aerosol, pencuci atau pelarut dan foam patut digantikan dengan bahan yang mempunyai unsur hidro atau hidroflurokarbon.
    • Selain itu, amalan perkongsian kereta dalam kalangan penduduk bandar-bandar besar adalah digalakkan. Ini bertujuan mengelakkan pembebasan asap karbon dioksida terlalu banyak ke atmosfera.
    • Di samping itu juga, aktiviti penyahutanan hendaklah dikawal secara serius. Undang-undang hendaklah dikenakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dan pihak berkuasa boleh menarik lesen dan mengenakan kompaun pembalak yang tidak mematuhi undang-undang.
    • Aktiviti pembakaran secara terbuka hendaklah dikurangkan seperti di tempat pelupusan sampah,dan  di kawasan tapak pertanian. Pembakaran yang dilakukan setiap hari akan menambahkan kandungan karbon dioksida ke atmosfera.

    2 comments:


    1. tenaga haba itu apa bahasa indonesianya??

    1. Thank you and your answer is very briliant

    Post a Comment

    Powered by Blogger.