Post info


Comments 9


Author: Geografi STPM .............



HUTAN BAKAU
                                                                                                                            
Hutan bakau adalah istilah umum yang digunakan untuk menghuraikan pelbagai komuniti tumbuhan yang hidup di tepi laut kawasan tropika dan subtropika antara  latitud 32o Utara dan 38o Selatan. Hutan ini hanya terbentuk di pantai yang terlindung daripada tindakan ombak kuat.  Di kawasan yang berombak kuat, biji benih tidak boleh bertapak dan mengeluarkan akar dengan baik.  Pada kebiasaannya, pembentukan hutan bakau yang luas boleh ditemui di kawasan muara.

Jika dibandingkan dengan terumbu batu karang, hutan bakau wujud di kawasan geografi yang lebih luas.  Hutan ini wujud di 112 negara di seluruh dunia. Taburan bakau boleh dibahagikan kepada dua zon utama iaitu zon timur (Afrika timur, Asia Selatan dan Pasifik termasuk Australia) dan zon barat (Afrika barat, Amerika dan Caribbean)

Di seluruh dunia, luas hutan bakau dianggarkan lebih kurang 15 juta hektar.  Daripada keluasan ini, 6.9 juta hektar berada di kawasan Indo-Pasifik, 3.5 juta hektar di Afrika dan 4.1 juta hektar di Amerika Utara termasuk Caribbean. 

Di kawasan Indo-Pasifik, hutan bakau yang meluas boleh ditemui di sistem delta sungai utama seperti sungai Ganges-Brahmaputra, Irrawady, Mekong dan juga di kawasan tepi laut yang terlindung oleh tanah besar seperti di Madagascar, Selat Melaka, Kalimantan, Kepulauan Indonesia dan Papua New Guinea.

Mengikut satu anggaran, 60 – 70% pinggir laut negara-negara tropika dibarisi oleh hutan bakau. Hutan bakau yang terbesar yang masih belum terganggu adalah di Bangladesh.  Di negara ini keluasan hutan ini dianggarkan lebih kurang 400,000 hektar. 

Di kawasan tropika, hutan hujan adalah hutan yang paling kaya dengan spesies di dunia.  Sebanyak 225 spesies pokok per hektar telah dilaporkan untuk ekosistem ini.  Hutan bakau pula adalah ekosistem hutan yang paling kurang spesies.  Ada kalanya hutan bakau terdiri daripada satu spesies sahaja.  Kekurangan spesies ini disebabkan persekitaran hutan bakau mewujudkan satu keadaan yang tersangat susah untuk tumbuhan hidup dan membiak.  Ini termasuklah keadaan tanah yang sentiasa terendam, substrat yang berkeadaan anoksik dan saliniti yang tinggi.  Saliniti merupakan rintangan yang utama untuk spesies meneroka kawasan hutan bakau.  Untuk hidup di saliniti tinggi tumbuhan perlu ada metabolisme yang tersangat khusus dan mekanisme untuk membuang garam atau mekanisme untuk mengurangkan kesan garam ini terhadap sel hidup.  Secara sejagat, hanya terdapat 34 spesies yang benar-benar mempunyai adaptasi ini manakala 20 spesies mempunyai adaptasi untuk hidup di saliniti tertentu. 

Dari segi ekologi, hutan bakau memainkan peranan yang penting.  Persekitaran ini merupakan satu ekosistem yang sangat produktif.  Penghasilan yang besar ini seterusnya menyokong rantai makanan hidupan yang pelbagai yang terdiri daripada ikan, krustasea, burung, mamalia kecil dan invertebrat. Tenaga dan bahan organik yang terbentuk di kawasan hutan bakau turut dieksport ke komuniti berdekatan  Hutan bakau juga berperanan sebagai kawasan pembiakan untuk sesetengah organisma.  Di samping itu, kehadiran hutan bakau di tepi laut turut melindungi kawasan-kawasan pinggir laut daripada ombak dan arus yang besar. 
                                        

Di dunia, terdapat lebih kurang 80 spesies pokok bakau.  Namun sekitar 60 spesies yang utama dalam pembentukan hutan bakau.  Dianggarkan 2/3 daripada keseluruhan spesies bakau boleh ditemui di Asia Tenggara dan Micronesia manakala di Afrika dan Amerika Utara terdapat 15 dan 10 spesies bakau masing-masing. Genus-genus  bakau yang dominan termasuklah genus Rhizophora, Avicennia, Bruguiera, Laguncularia , Conocarpus, Ceriops dan Sonneratia

Kewujudan hutan bakau dipengaruhi oleh beberapa faktor persekitaran seperti aras laut, suhu air, saliniti, arus, ribut, kecerunan pantai dan substrat dasaran. Kebanyakan bakau hidup di dasaran berselut.  Namun terdapat juga bakau yang hidup di dasaran pasir, gambut atau batu karang.

Semua tumbuhan bakau adalah tumbuhan halofit iaitu tumbuhan yang mempunyai kebolehan untuk hidup di tanah yang kandungan garamnya tinggi.  Namun, setiap spesies memperlihatkan pendekatan yang berbeza untuk menyelesaikan masalah saliniti dan tanah yang bergenang.   Untuk menyelesaikan masalah imbangan osmosis, daun Avicennia mempunyai kelenjar garam yang merembeskan garam berlebihan. Untuk Rhizophora pula, garam dirembeskan keluar dengan mengekalkan tekanan hidrostatik negatif dalam xilem.  Tekanan ini diwujudkan oleh tekanan osmosis yang cukup tinggi di daun.  Selain daripada itu, kebanyakan tumbuhan bakau mempunyai daun yang liat dan sukulen.  Daun-daun ini mempunyai tisu dalaman untuk menyimpan air.

Proses pengudaraan di kawasan air bergenang dilakukan dengan dua cara.  Avicennia menghasilkan pneumatofor, iaitu unjuran pendek yang muncul di permukaan tanah.

Dengan akar ini, udara boleh masuk ke bahagian bawah tanah.  Untuk Rhizophora pula, tumbuhan ini menghasilkan akar sokong di sekeliling batang pokok utama.  Akar-akar sokong ini mempunyai lubang udara ataupun yang dikenali sebagai lentisel.  Melalui lubang-lubang ini, oksigen menyerap masuk ke dalam tumbuhan dan seterusnya disalurkan ke akar bawah tanah melalui tisu ruang udara di korteks yang dikenali sebagai aerenkima.   Lentisel-lentisel ini tidak aktif semasa air laut pasang.

Sesetengah bakau seperti Bruguiera dan Rhizophora memperlihatkan cara percambahan dan penyebaran biji yang aneh yang dikenali sebagai vivipari.  Semasa masih berada di tumbuhan induk lagi, biji telah bercambah dan mula membesar menjadi anak benih.  Pada masa ini, anak benih mula  memanjang dan mendapat makanan dari pokok induk.  Semasa peringkat ini juga, anak benih mengumpul karbohidrat dan sebatian lain yang diperlukan untuk pertumbuhan selanjutnya.  

Akibat daripada pertumbuhan yang berbeza, bahagian hujung  anak benih menjadi lebih berat.  Akhirnya, anak benih ini akan gugur ke air.  Disebabkan taburan berat yang berbeza, anak benih ini akan terapung tegak di dalam air.  Anak benih ini kemudiannya dibawa oleh arus ke kawasan cetek dan seterusnya bersentuhan dengan bahagian dasaran.  Di kawasan cetek ini, anak benih mula mengeluarkan akar dan membesar.  

Satu lagi adaptasi istimewa yang ditunjukkan oleh beberapa spesies bakau ialah penyebaran propagul.  Propagul yang tergantung di dahan-dahan akan jatuh ke tanah dan akhirnya akan tumbuh berhampiran dengan tumbuhan induk.  Ada juga propagul yang dibawa oleh arus ke tempat yang jauh.  Bergantung pada spesies, propagul ini boleh hidup lama.  Vivipari dan propagul yang mempunyai hayat panjang merupakan satu strategi  yang cukup berkesan untuk  tumbuhan bakau menyebarkan spesiesnya.

Bakau berkembang baik di kawasan kepekatan garam antara 20o/oo dan 35o/oo.  Kepekatan garam yang terlalu tinggi akan membantutkan pertumbuhan pokok bakau dan mengurangkan bilangan spesies yang boleh hidup di sesuatu kawasan.  Di kawasan yang kepekatan garamnya terlalu rendah, tiada pokok bakau boleh ditemui.

Spesies bakau yang terawal dipercayai berasal dari kawasan Indo-Malaya memandangkan terdapat lebih banyak spesies bakau di kawasan ini jika dibandingkan dengan kawasan lain. 

Disebabkan oleh kewujudan biji benih dan propagul yang unik, spesies bakau terawal ini disebarkan oleh arus laut ke barat dan sampai ke India dan Afrika Timur.  Spesies ini juga disebarkan ke timur dan sampai ke Amerika Tengah dan Amerika Selatan.  Proses penyebaran itu dianggarkan berlaku 60 juta tahun dahulu. 

Dalam masa yang sama, beberapa spesies bakau telah berjaya disebarkan secara meluas di Laut Caribbean dan kemudiannya ke Afrika Barat dan New Zealand.  Cara penyebaran ini dapat menerangkan mengapa Afrika Barat dan Amerika mempunyai bilangan spesies bakau yang lebih kecil jika dibandingkan dengan bilangan spesies yang terdapat di Asia, India dan Afrika Timur.



KEADAAN FIZIKAL HUTAN BAKAU
Pergerakan air di kawasan hutan bakau adalah perlahan. Pergerakan air yang perlahan ini membenarkan partikel sedimen yang halus mendak dan berkumpul di dasaran.  Akibatnya, kawasan hutan bakau pada kebiasaannya berlumpur.

Pergerakan air yang perlahan ini seterusnya diperlahankan lagi oleh kehadiran pokok-pokok bakau yang hidup padat.  Kebanyakan bakau mempunyai akar-akar sokong yang menjalar turun dari batang pokok utama. Sistem akar yang tebal lagi berserabut ini mampu mengurangkan pergerakan air sehingga membenarkan partikel yang paling halus mendak di sekeliling akar bakau.  Hasil daripada kegiatan memerangkap ini, maka kadar pengumpulan sedimen adalah tinggi di persekitaran kawasan hutan bakau. 

Akibat daripada kegiatan memerangkap sedimen, hutan bakau berkeupayaan untuk menebus guna tanah dan menghasilkan pantai-pantai baru.  Kadar pembinaan pantai ini cukup menakjubkan.  Pada tahun 1292, Marco Polo melawat Palembang di Sumatra.  Pada masa itu, bandar pelabuhan ini terletak betul-betul di tepi laut.  Pada masa sekarang  ialah terletak 50 km dari pantai.  Ini bermakna tanah terkumpul pada kadar 73 m per tahun.  Di kawasan lain, kadar ini mungkin lebih cepat lagi.
Untuk kebanyakan tempat, terdapat satu bentuk penzonan tumbuhan bakau.  Walau bagaimanapun, susunan tumbuhan berbeza mengikut tempat.  Setengah spesies bakau gemar hidup hampir dengan pantai, pulau peminggir dan teluk terlindung.  Spesies bakau yang lain pula gemar hidup di muara-muara atau menduduki tebing-tebing sungai jauh ke daratan.

Di sesetengah tempat, penzonan tidak begitu nyata disebabkan zon tertentu diwakili oleh beberapa individu sahaja. Penzonan juga boleh diganggu oleh keadaan setempat seperti proses sejatan air.  Proses sejatan menjadikan air laut menjadi terlalu masin (hipersaliniti) dan ini sudah tentu membunuh pokok-pokok bakau dan meninggalkan satu kawasan lapang.  Perkembangan hutan bakau yang baik boleh ditemui di kawasan yang mempunyai hujan yang tinggi ataupun di kawasan yang air sungainya mencukupi untuk menghapuskan kesan hipersaliniti.

Penzonan juga bergantung pada pasang surut air laut.  Apabila julat pasang surut kecil, zon intertidal juga turut kecil dan seterusnya membataskan kewujudan hutan bakau.  Hutan bakau berkembang baik di kawasan pantai yang mempunyai kawasan intertidal yang luas

Di negara-negara yang menghadap laut Pasifik, bahagian tepi laut selalunya dipenuhi oleh satu atau beberapa spesies Avicennia.  Zon Avicennia ini biasanya sempit disebabkan anak benih Avicennia tidak boleh hidup dengan baik di kawasan pedalaman yang redup atau di kawasan kadar pemendakan yang tinggi.

Di belakang zon Avicennia adalah zon Rhizophora yang luas.   Rhizophora merupakan tumbuhan yang tinggi dan mempunyai akar sokong yang melengkung dan bersimpang siur.  Keadaan ini menjadikan kawasan bakau sukar dimasuki oleh manusia.

Zon seterusnya ialah zon Bruguiera.  Tumbuhan bakau  dari genus Bruguiera ini hidup di tanah liat.  Pada amnya, tumbuhan bakau dari genus  Ceriops hidup bersama-sama di zon ini.  Ceriops adalah tumbuhan shrub yang bersaiz kecil.

Di Amerika, penzonan hutan bakau tidak begitu nyata.  Ini kemungkinan disebabkan bilangan spesies bakau yang kecil.  Penzonan bermula dengan zon Rhizophora yang menduduki kawasan tepi laut.  Zon ini  diikuti pula satu zon Avicennia yang luas dan seterusnya oleh zon Laguncularia atau Conocarpetum.

Komuniti bakau adalah unik.  Kedua-dua hidupan daratan dan marin boleh ditemui hidup di sebatang pokok bakau. Organisma daratan menduduki bahagian atas pokok bakau manakala pangkal tumbuhan tersebut membentuk habitat untuk hidupan marin. 

Organisma daratan tidak memperlihatkan adaptasi yang khas untuk hidup di kawasan hutan bakau.  Ini adalah disebabkan organisma-organisma ini hidup di bahagian atas tumbuhan bakau.   Organisma marin pula boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu organisma yang menduduki substrat keras seperti akar sokong pokok bakau dan organisma yang mendiami zon berlumpur.  Kumpulan haiwan marin yang dominan di hutan bakau ialah moluska, beberapa jenis krustasea dan ikan-ikan  yang aneh.

Kumpulan moluska diwakili oleh beberapa kumpulan siput.  Satu kumpulan siput (Littorinidae) biasanya hidup di akar dan batang pokok bakau manakala satu lagi kumpulan (Ellobiidae dan Potamididae) hidup di lumpur berhampiran dengan pangkal akar pokok bakau.  Kumpulan kedua ini adalah pemakan detritus

Di hutan bakau moluska daripada kumpulan dwiinjap turut ditemui.  Haiwan dwiinjap yang dominan ialah tiram yang hidup melekat pada akar pokok bakau.  Tiram membentuk biojisim yang besar di hutan bakau.

Hutan bakau juga didiami oleh pelbagai jenis ketam dan udang yang berbagai-bagai saiz.  Haiwan-haiwan ini membuat lubang di dasaran lembut.  Ketam-ketam yang boleh ditemui termasuklah ketam fiddler (Cardisoma), ketam hantu (Dotilla, Cleistostoma) dan ketam daripada genus Uca.   Ketam-ketam ini pada kebiasaannya mempunyai kemampuan untuk memakan partikel detritus yang terdapat di atas lumpur.  Pada amnya, ketam-ketam ini mengasingkan partikel detritus organik daripada bahan bukan organik dengan menapis substrat melalui satu set rambut halus yang terdapat di bahagian mulut.

Kegiatan membuat lubang oleh ketam-ketam ini mempunyai beberapa fungsi.  Lubang-lubang ini merupakan tempat persembunyian daripada pemangsa, tempat membiak dan tempat mencari makanan.  Di samping itu, kehadiran lubang-lubang ini turut membantu komuniti hutan bakau yang lain dengan membenarkan oksigen memasuki jauh ke dalam lumpur.  Sedikit sebanyak, kehadiran lubang-lubang ini dapat mengurangkan keadaan anoksik yang wujud di hutan bakau.

Kawasan bakau juga merupakan kawasan pembiakan untuk udang penaeid dan ikan seperti ikan belanak.  Haiwan-haiwan ini menghabiskan usia muda mereka di hutan bakau sebelum berpindah ke laut lepas.

Haiwan yang paling nyata di hutan bakau ialah ikan belacak atau ikan tembakul.  Ikan daripada genus Periophthalmus ini mempunyai mata yang besar.  Ikan ini cukup menakjubkan kerana ikan ini menghabiskan masanya di luar air, merangkak di atas dataran lumpur ataupun memanjat akar pokok bakau. Selain daripada mempunyai insang, ikan ini dilengkapi dengan organ pernafasan yang membenarkan ikan ini bernafas di daratan.  Pernafasan juga boleh dilakukan melalui kulit, sama seperti yang dilakukan oleh katak. 

Sirip pektoral  ikan belacak tidak digunakan untuk berenang tetapi digunakan sebagai “sepasang kaki”  Dengan menggunakan sirip yang kuat ini, ikan ini kelihatan seolah-olah berjalan.  Ikan ini membuat lubang dalam lumpur untuk melindungi diri daripada musuh dan juga sebagai tempat pembiakan.  Selain daripada keganjilan ikan ini merangkak di dataran lumpur, ikan ini memperlihatkan satu lagi keanehan dari segi kedudukan  matanya.  Matanya diletakkan jauh di atas kepala dan diatur sedemikian rupa agar mata-mata ini boleh melihat objek di udara, bukan objek dalam air.  Bila berenang, mata ini tersembul keluar dari permukaan dan ikan ini kelihatan seperti seekor katak.

Kepentingan hutan bakau boleh dibahagikan kepada kepentingan ekologi dan biodiversiti, kepentingan fizikal dan akhir sekali kepentingan ekonomi.

Hutan bakau penting untuk ekosistem pantai.  Detritus hutan bakau yang terdiri daripada daun-daun yang gugur dan dahan-dahan pokok bakau, menyumbangkan  nutrien untuk persekitaran marin.  Detritus ini turut menjadi asas makanan dalam jaringan makanan di hutan bakau yang menyokong pelbagai jenis hidupan laut yang melibatkan spesies pemakan detritus seperti ikan belanak dan udang penaeid. 

Selain daripada peranannya sebagai asas makanan, hutan bakau juga merupakan habitat dan kawasan nurseri untuk ikan-ikan kecil, ketam, udang dan moluska.  Banyak ikan dan kerang-kerangan yang bernilai komersial menggunakan hutan bakau dalam sebahagian kitar hidupnya.  Ini termasuklah udang putih (Penaeus merguiensis, P. indicus, P. vannemei),  ikan kerapu (Epinephelus tauvina), ikan siakap (Lates calcarifer), ketam lumpur (Scylla serrata) dan belanak (Mugil spp.). 

Kawasan ini juga digunakan oleh beratus jenis burung berhijrah untuk bertelur dan berehat.  Di samping itu, dugong, monyet pemakan ketam, biawak dan penyu turut menggunakan kawasan ini untuk mencari makanan.   Hutan bakau turut menjadi habitat untuk beberapa spesies haiwan yang diancam kepupusan seperti harimau.

Hutan bakau memainkan peranan penting dalam melindungi kawasan pantai dari daya-daya hakisan dan kerosakan akibat bencana ribut taufan.  Kehadiran satu kawasan bakau yang luas di tepi laut dapat mengurangkan tenaga angin, ombak dan arus. 

Kepentingan hutan bakau kepada masyarakat yang tinggal di kawasan bakau cukup dirasai.  Bertindak sebagai satu zon penampan kepada ribut, kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa akibat dari bencana  semulajadi ini dapat dikurangkan.  Di kawasan yang hutan bakaunya telah ditebang, kemusnahan harta benda akibat ribut adalah tinggi.  Di samping itu,  masalah hakisan dan pemendakan yang teruk turut berlaku.

Melalui sistem akar yang cetek, bakau mempunyai keupayaan untuk memerangkap dan menstabilkan sedimen pantai dan muara. Hutan bakau sangat berkesan memerangkap sedimen sehingga berjaya menebus guna tanah dari laut dengan membentuk satu kawasan delta yang luas.

Pemendakan sedimen di kawasan bakau boleh mengurangkan beban sedimen yang dibawa oleh sungai ke laut.  Dengan terperangkapnya sedimen di kawasan hutan bakau, kualiti air di persekitaran pantai dapat diperbaiki dan habitat sensitif seperti kawasan terumbu batu karang dapat dilindungi

Hutan bakau bersama-sama substrat selutnya mampu menyerap nutrien seperti nitrogen dan fosforus dalam kuantiti yang besar.  Keupayaan merawat efluen ini dapat menghalang perairan pantai daripada dicemari oleh nutrien-nutrien ini.  Secara tidak langsung, kejadian eutrofikasi dan ombak merah sedikit sebanyak boleh dihindari. Selain daripada itu, bahan-bahan toksin turut juga dikekalkan dalam kawasan bakau.  Dianggarkan Rhizophora boleh menyerap lebih kurang 219 kg nitrogen dan 20 kg fosforus sehektar setahun.  Di samping itu, kuantiti besar bahan organik (terutamanya dalam bentuk daun dan ranting) dieksport dari kawasan bakau ke kawasan pantai yang berdekatan.  Bahan organik ini menjadi sumber makanan untuk pelbagai jenis spesies hidupan di pantai.  

Di kawasan tropika terutamanya di kawasan Indo-Pasifik, ekosistem bakau telah digunakan sebagai kawasan penempatan manusia sejak dahulu lagi.  Memandangkan kedudukannya yang terlindung, manusia terawal telah melihat kesesuaian kawasan ini untuk dijadikan tempat tinggal.  Di samping itu, hutan bakau juga menyediakan beberapa  keperluan asas manusia  seperti sistem pengangkutan yang cekap, sumber bahan binaan, bahan api, kulit kayu dan ubatan.  Kesemua keperluan ini boleh didapati dengan mudah di hutan bakau.  Selain daripada itu, kawasan ini juga menyediakan persekitaran yang baik untuk mendapat makanan dalam bentuk ikan, moluska dan krustasea dan menjalankan kegiatan memburu binatang dan menangkap ikan.

Pada masa sekarang, berjuta-juta penduduk pantai terutamanya di Asia bergantung kepada hutan bakau untuk kehidupan sehari-hari.  Pelbagai produk bakau telah digunakan oleh masyarakat tempatan sejak turun temurun.   Banyak kegiatan-kegiatan tradisi seperti mengumpul daun nipah untuk membuat atap, mengumpulkan kulit kerang untuk menghasilkan kapur dan mengumpul madu lebah masih diteruskan oleh generasi sekarang.

Ekosistem bakau telah digunakan oleh masyarakat tempatan untuk mendapatkan makanan, ubatan, tanin dan hasil hutan (bahan api, arang dan bahan binaan).  Di Bangladesh hutan bakau merupakan sumber kayu yang terpenting.  Hasil kayu daripada hutan bakau di negara ini telah melebihi 300,000 padu meter setiap tahun.  Di tempat lain, kayu bakau digunakan sebagai bahan api (terutama dalam bentuk arang).   Kayu dari pokok Rhizophora didapati sesuai dijadikan arang memandangkan sifat kayunya yang lambat terbakar.

Kulit kayu bakau terutamanya Rhizophora juga boleh digunakan untuk mendapatkan tanin.  Tanin telah digunakan di India dan Bangladesh secara meluas untuk mengawet kulit dan jaring-jaring menangkap ikan.  Di Asia Tengah dan Asia Selatan, daun pokok Avicennia dikumpulkan untuk menjadi makanan haiwan.

Masyarakat tempatan juga bergantung pada bakau untuk mendapatkan bekalan madu, buah-buahan hutan dan juga sumber ubatan.  Rhizophora mucronata dan Sonneratia alba misalnya telah digunakan sebagai sumber ubat untuk penyakit cirit  birit, bahan astringen dan ubat tahan muntah. Pemburuan di hutan bakau turut menjadi kegiatan yang penting.

Pada masa sekarang, hutan bakau merupakan habitat di dunia yang paling terancam.  Hutan ini lenyap  pada kadar yang tinggi tetapi tidak diketahui umum.  Thailand telah hilang lebih daripada setengah hutan bakaunya semenjak 1960.  Di Filipina pula, keluasan hutan bakau telah menurun daripada 448,000 hektar pada tahun 1920 ke 110,000 hektar pada tahun 1990.  Di Ecuador, dianggarkan 20% ke 50% bakau telah lenyap dari muka bumi disebabkan oleh kegiatan manusia.  Kawasan Muisne di Ecuador telah hilang hampir 90% hutan bakaunya.  Secara sejagat, lebih kurang 50% kemusnahan bakau sejak kebelakangan ini diakibatkan oleh pembersihan hutan bakau untuk tujuan menternak udang.

Kemusnahan hutan bakau boleh dibahagikan secara umum kepada perkara. 1)   kemusnahan akibat kegiatan manusia dan 2)  Kemusnahan akibat bencana dan kejadian semulajadi.

Semenjak turun temurun, masyarakat yang hidup di kawasan hutan telah mengeksploit pokok  hutan bakau untuk dijadikan kayu api, arang, sumber tanin dan bahan binaan. Di Vietnam misalnya, 90%  bahan api adalah terdiri daripada pokok bakau. 

Dengan meningkatnya bilangan penduduk, eksploitasi secara berlebihan telah berlaku.  Dari hari ke hari, lebih banyak kawasan hutan bakau telah musnah untuk memenuhi tuntutan-tuntutan manusia yang bertambah ini.  Sekiranya kegiatan ini tidak dibendung, lebih banyak kawasan hutan bakau akan musnah.

Sebelum ini, hutan bakau telah dikelaskan oleh banyak kerajaan sebagai tanah terbiar atau paya yang tiada gunanya.  Dengan pengelasan sedemikian, banyaklah pihak berusaha untuk membangunkannya untuk tujuan pembandaran dan perindustrian.  Kawasan bakau kerap kali dijadikan kawasan untuk membina pelabuhan,  kilang, industri  dan kawasan penempatan manusia.  Untuk menampung keperluan pelancong, hotel-hotel dan tempat penginapan turut didirikan di kawasan hutan-hutan bakau.  Pembukaan tanah di kawasan bakau sudah tentu akan memusnahkan ekosistem yang produktif ini.

Di Asia, banyak hutan bakau dibersihkan untuk dijadikan kawasan pertanian terutama sebagai kawasan sawah padi.  Selain itu, hutan bakau juga dibuka untuk dijadikan ladang kelapa, kelapa sawit dan nenas.  Pada peringkat awal, penanaman padi di kawasan bakau merupakan kegiatan yang menguntungkan. Disebabkan oleh keasidan tinggi, keracunan besi dan aluminum dan kekurangan nutrien, lama kelamaan penghasilan padi semakin  menurun. Masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan kapur dan baja tetapi kos tinggi.  Akhirnya kegiatan penanaman padi ini terpaksa ditinggalkan dan kawasan yang sebelum ini ditumbuhi hutan bakau musnah.

Banyak kawasan bakau di Asia seperti di Vietnam dan Bangladesh, telah dibersihkan untuk tujuan penghasilan garam dengan menggunakan matahari.  Disebabkan harga garam rendah, sesetengah kolam garam ini telah ditukar menjadi kolam menternak udang.

Disebabkan kedudukannya yang hampir dengan kawasan air payau dan tanah yang rata, kawasan hutan bakau didapati sesuai untuk dijadikan kawasan menternak udang harimau.  Setakat ini, beribu-ribu hektar hutan bakau di negara-negara Asia telah dibersihkan untuk dijadikan kolam udang.  

Kegiatan ini telah berkembang dengan begitu cepat semenjak 15 kebelakangan ini.  Mengikut sejarah, peternakan udang telah bermula dalam tahun  1970an di Asia dan telah berkembang pesat pada mulanya di China, Taiwan dan Korea Selatan.  Purata kadar pertumbuhan penghasilan udang adalah sekitar 25% dan negara Asia menyumbangkan 75% udang dunia.  Kebanyakan daripada industri awal udang ini telah gagal dan kolam-kolam udang telah ditinggalkan begitu sahaja dan kawasan yang sebelumnya merupakan hutan bakau turut musnah.

Kegagalan usaha-usaha awal ini tidak memudarkan semangat pelabur-pelabur.  Mereka terus mencari kawasan-kawasan  baru untuk diteroka di negara-negara lain seperti di Thailand, India, Filipina, Indonesia dan Malaysia.  Di mana saja industri ini pergi, hutan bakau musnah dan yang tinggal hanyalah kolam-kolam yang ditinggalkan.

Masalah utama dalam penternakan udang ialah masalah air kolam.  Air laut yang segar  perlu sentiasa dipam ke dalam kolam untuk menjadikan udang sihat.  Air kolam yang telah diguna pula perlu dipam keluar.  Efluen ini mengandungi bahan toksik daripada buangan udang dan bahan kimia yang digunakan untuk makanan dan merawat air. 

Efluen ini meninggalkan kesan terhadap ekologi pantai, membunuh hidupan laut dan memusnahkan industri perikanan penting yang lain.  Di samping itu, efluen ini turut sama meracuni kolam udang itu sendiri memandangkan air laut yang tercemar ini digunakan semula dalam kolam.  Air yang tercemar ini akan mengurangkan penghasilan udang dan seterusnya kegiatan menternak udang ini terpaksa diberhentikan.

Industri menternak udang ini memberi beberapa kesan lain.  Penggunaan berlebihan air tawar untuk bekalan air di  kolam-kolam udang menyebabkan kekurangan air minuman, memusnahkan kawasan perladangan berhampiran dan menyebabkan bekalan air bawah tanah menjadi masin.

Sekarang ini, industri ini telah bergerak menuju ke Burma, Cambodia, Vietnam, Yemen dan Iran.  Bisnes ini terus mengaut keuntungan besar dari penjualan makanan udang, bahan kimia untuk merawat air dan peralatan menternak kepada pengusaha kecil.


Kesan kegiatan akuakultur udang terhadap persekitaran bolehlah diikhtisarkan seperti berikut.
1.     pengurangan sumber semulajadi (pengumpulan anak udang)
2.     pemusnahan habitat
3.     pembuangan nutrien dan buangan organik
4.     pengenalan spesies eksotika
5.     pembebasan antibiotik dan bahan kimia lain
6.     meningkatnya bilangan patogen
7.     merendahkan aras air disebabkan oleh penggunaan air tawar secara berlebihan.
8.     memasinkan bekalan air tawar
9.     meningkatkan beban sedimen
10. merendahkan kandungan oksigen terlarut
11. meningkatkan keperluan oksigen biologi dan kimia.

Antara tahun 1974 hingga 1990, sebanyak 157 tumpahan minyak utama telah berlaku.  Tumpahan minyak ini meninggalkan kesan jangka panjang dan jangka pendek pada ekosistem hutan bakau.  Lentisel pada akar bakau sangat mudah tersumbat oleh minyak mentah dan pencemar lain.  Kawasan berlumpur di hutan bakau memerlukan 20 tahun atau lebih untuk pulih daripada kesan racun tumpahan minyak.

Kegiatan manusia menggunakan herbisid turut memusnahkan hutan bakau. Pada tahun 1960 keluasan hutan bakau di Vietnam dianggarkan sekitar 400,000 hektar.  Semasa peperangan Vietnam iaitu antara 1962 dan 1971, lebih  100,000 hektar hutan bakau telah musnah disebabkan oleh penyemburan herbisid.  Tidak diketahui berapa lama masa diperlukan untuk hutan-hutan ini pulih semula memandangkan bakau sangat peka terhadap sisa herbisid.

Kemusnahan hutan bakau yang besar boleh berlaku disebabkan oleh ribut taufan.  Ribut taufan yang dahsyat  boleh memusnahkan sebahagian besar hutan bakau dengan menumbangkan pokok-pokok bakau, mempertingkatkan kadar pemendakan atau mengubah saliniti air dan tanah.  Ribut taufan Donna yang telah melanda Taman Negara Everglade pada tahun 1960 telah memusnahkan 75% daripada 100,000 ekar hutan bakau di taman tersebut.  Proses pemulihan daripada kemusnahan ini dianggarkan mengambil masa lebih kurang 25 tahun. 

Satu lagi punca kemusnahan adalah daripada isopod kecil Sphaeroma terebrans.  Isopod ini memusnahkan pokok bakau dengan mengorek lubang di akar sokong.  Dengan rosaknya akar-akar ini, substrat di keliling pokok tersebut senang dihakis dan lama kelamaan pokok bakau akan tumbang.



9 comments:


  1. Terima kasih.
    Allah je y boleh balas jasa awak nih.
    Wish u d best.

  1. Sangat informatif. Saya mencari bahan untuk esei portfolio saya. Tak sangka boleh dapat semua dari STPM saja. Terima kasih kerana berkongsi maklumat. "Knowledge shared, is knowledge gained"

  1. This comment has been removed by the author.
  1. thank you for this information
    #nisabatch01

  1. thnkyou fr ths infrmationn😊

  1. thnkyou fr ths infrmationn😊

  1. Terima kasih untuk informasi tersebut,tapi apakah langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi ancaman kemusnahan hutan paya bakau?

  1. terima kasih..info ini amat berguna untuk knowledge bagi perbincangan saya untuk menjayakan Mangrove Festival nnt. TQ

  1. Assalamualaikum, sy ada serba sedikit yg nk dikongsikan ttg 1 penawar penyakit kronik atau kanser yg sy jumpa di sebuah blog. Mulanya sy tercari² ubat altenatif utk diri sy sendiri yg mengidap penyakit kronik rektum. Lama jugalah sy google maklumat sbb nak cari penawar kanser ni. Akhirnya sy terjumpa jus yg dihasilkan oleh pengasasnya yg bernama En.Zuhairi.
    Jadinya sy mencuba penawar nya ,syukur alhamdulillah sembuh dlm masa 8bulan je, drp sakit kronik kemudian sembuh smpai skg ni . Rasa bersalah pulak kalau sy x kongsi apa yg sy tahu, benda baik jika dikongsi dapat juga pahala, mudah² han. Aaminn

    Okay, kat sini sy share sikit beberapa testimoni² yg ade dlm website nya ya.... Mmg dah ramai sembuh dr banyak jenis penyakit kronik dn kanser drp ramuan nya. Lepas baca je testimoni dlm blog En Mohd Zuhairi Bin Noordin , sy mmg jd yakin nak cuba dan bukan biasa²...sakit bertahun² sy boleh sembuh, smpai doktor blh ckp ini satu keajaiban.

    ➡️Dlm blog tu, mcm² jenis kanser blh rawat termasuk kanser leukimia,paru²,limfoma dan banyak lg lah..jadi 1 berita gembira buat kita. Share kat orang yg tercari² penawar kanser.

    Okay, ini sebahagian info yg sy sempat copy drp blog En Mohd Zuhairi Bin Noordin

    Testimoni 1
    ▪️Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot atas lantai dan kalau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar bunyi lutut , tulang pula sakit. Nak masak terpaksa guna kerusi sebab tak mampu berdiri lama. Tapi lepas 6 hari je minum jus ni, beliau dah mampu berjalan. Saraf kaki dah tak tegang. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni 2
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor.
    Skg dah sembuh dari kanser. Ketumbuhan daripada saiz 2 genggam tangan org dewasa, bertahun terlantar tak mampu buat apa², sekarang dah berkerja, jalani hidup mcm biasa.

    Testimoni 3
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dan sihat walaupun pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 7tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order) pada tahun 2020, beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    Yang penting, beliau ambil produk luar biasa ni sampai sekarang (2022).

    Testimoni 4
    ▪Adik Izzat b. Muhd Ariffin. Kanser Burkit Lymphoma stage 4. Sekarang dh sembuh.
    Gurunya ada beritahu beliau tak pernah nampak mcm pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas. Adik ni ambil produk ni dan rasa bertenaga sambil merawat penyakit. Beliau ambil jus herba ini dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    Testimoni 5
    ▪Puan Musriharni ,pesakit asma kronik sejak kecil. Beliau guna pam healer setiap hari. Dlm masa yg sama,beliau juga pesakit GERD yang menyebabkan berangin satu badan hingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety, akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatannya makin baik, gastrik dan anxiety dah hilang, asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru² dah elok semula.

    Testimoni 6
    ▪Puan Rohana Binti Ismail. Seorang yang cergas dan aktif mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu. Tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan. Sakit nya tu sehingga nk turun tangga pun terpaksa turun macam orang tua, turun mengiring sambil berpaut. Bila dah minum jus ini, dalam masa 7hari saja kaki beliau dah mulai sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 minggu. Sekarang dah berjoging boleh jonging balik, daki bukit dlm 8km jauh nya. Sakit lutut hilang.

Post a Comment

Powered by Blogger.