Post info


Comments 0


Author: Geografi STPM .............


KEGIATAN EKONOMI: PEMBALAKAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PEMBALAKAN

1        Hutan Khatulistiwa

    Malaysia merupakan negara yang mempunyai kawasan hutan hujan khatulistiwa yang luas.Contohnya semenanjung Malaysia meliputi 29%, Sabah 22% dan Sarawak 49%.Kawasan hutan ini banyak membekal kayu yang berharga.misalnya, cengal, meranti, keruing dan merbau.

  1. Permintaan yang tinggi

      Pasaran dalam negeri digunakan untuk kilang papan, industri perabot, kilang membuat kertas dan sebagainya.Contoh, kilang yang terdapat di Malaysia ialah Pahang, Sabah dan Sarawak.selain itu, pasaran luar negara yang tinggi dalam bentuk papan lapis,kayu balak dan kayu gergaji.Kayu-kayu ini dieksport ke negara luar seperti Jepun,Thailand dan Singapura.

  1. Dasar kerajaan

      Kerajaan menggalakkan kegiatan pembalakan dengan menubuhkan agensi-agensi seperti Lembaga Industri Kayu Balak yang bertujuan untuk mempromosikan dan mencari pasaran baru.Terdapat juga FRIM yang menjalankan Penyelidikan dan pembangunan rawatan pokok.Misalnya, pokok seperti pain, batai dan akarsia.Selain itu Jabatan Perhutanan ditubuhkan untuk memantau kegiatan pembalakan haram dan melakukakan aktiviti penanaman semula.

  1. Peluang pekerjaan

        Terdapat 2.4juta penduduk di Malaysia yang mempunyai peluang pekerjaan dalam sektor pembalakan.Selain itu, wujud peluang-peluang pekerjaan seperti pekerja kilang, pemorosesan kayu balak, pekerja kilang perabot dan pemandu di sektor pengankutan dan sebagainya.Peluang bekerja dalam industri ini akan mengurangkan kadar pengangguran.Apabila penduduk mempunyai pekerjaan yang tetap, sumber pendapatan meningkat menyebabkan kuasa beli tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup penduduk.

  1. Sumber pendapatan negara

         Sektor pembalakan merupakan salah satu industri primer yang berpotensi meningkatkan sumber pendapatan negara.Hal ini, kerana hasil-hasil pembalakn dieksport ke luar negara seperti Jepun, Singapura dan Thailand.harga hasil pembalakn yang tinggi dalam pasaran antarabangsa menyumbangkan sumber pendapatan negara melalui pengaliran masuk mata wang asing.





  1. Perkembangan Bandar

        Aktiviti pembalakan membawa kepada kewujudan sesuatu kawasan menjadi bandar baru.Dengan pembinaan kilang-kilang menggalakkan sesuatu Bandar menjadi tumpuan penduduk dengan menyediakan peluang pekerjaan.Contohnya kilang papan di Kuantan (Pahang), Sandakan (Sabah), Kuala lipis (Pahang) dan Gua Musang (Kelantan).


KESAN-KESAN PEMBALAKAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL

  1. Peningkatan suhu
         
        Penebangan hutan daripada aktiviti pembalakn menyebabkan peningkatan suhu.Hal ini disebabkan ketiadaan pelindung yang menghalang bahangan matahari dan lebihan gas karbon dioksida dalam atmosfera.Contohnya pengurangan kelembapan udara akan membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi dan udara sekitar menjadi kering (Dry Air) serta cuaca menjadi panas.

  1. Kepupusan flora dan fauna

      Apabila hutan dimusnahkan untuk tujuan pembalakan pelbagai sepsis flora dan fauna kehilangan habitat.Selain itu, ekosistem terganggu menyebabkan rantaian makanan terjejas.Contohnya kepupusan haiwan seperti harimau, gajah dan monyet.Manakala kepupusan fauna seperti merbau.


  1. Hakisan tanah

      Apabila aktiviti pembalakan dilakukan secara berlebihan, berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh.hal ini disebabkan permukaan telah terdedah kepada hakisan air semasa hujan.Hujan yang lebat akan menyebabkan larian air permukaan akan menghakis lapisan permukaan tanah kelodak, lumpur akan masuk ke dalam sungai.Oleh itu, sungai menjadi cetek, keruh dan berlakunya banjir lumpur di kawasan rendah.


  1. Pencemaran air

              Penebangan hutan untuk aktiviti pembalakan menyebabkan hakisan larian air permukaan berlaku dan membawa masuk kelodak dan lumpur ke dalam sungai.Oleh itu, air sungai menjadi cetek dan ekosistem akuatik terganggu.Contohnya Sungai Pahang dan Sungai Kelantan.

  1. Kemusnahan kawasan tadahan air

        Penebangan hutan untuk pembalakan telah mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan menurunkan paras air dalam tanah.Hal ini akan menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air kepada sungai, tasik, kolam dan paya.Contohnya hutan sebagai span menyerap air dan mengalirkan air.


  1. Perubahan landskap

         Kawasan pembalakan yang dijalankan secara berleluasa menyebabkan tanah menjadi gondola.Selain itu, wujudnya kawasan yang agak kering dan menjadi tandus.Contohnya hutan primer bertukar kepada hutan sekunder dan seterusnya menjadi kawasan yang lapang.


LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL AKTIVITI PEMBALAKAN

1.   Langkah perundangan
        
             Mewartakan hutan simpan kekal dan menguatkuasakan akta perhutanan negara terhadap sebarang bentuk pencerobohan hutan simpan seperti denda atau kompaun, penjara dan sebagainya.Contohnya dikuatkuasakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Kualiti Alam sekitar 1974.Misalnya, kawasan hutan simpan kekal ialah Taman Negara di Pahang, Taman Negara Bako di Sabah dan Hutan Simpan Belum di Perak.

2.   Langkah pengurusan
              
                             I.      Melaksanakan program perhutanan semula dan penanaman semula hutan yang diuruskan secara sistematik,sainstifik dan terkawal.Hal ini, dinamakan sebagai projek perladangan hutan kompensatori.Sebagai contohnya perladangan hutan di Kemasul, Pahang.Pokok balak yang cepat membesar dan matang dalam tempoh 15 tahun ditanam seperti Batai, Yamane, Akasia dan lain-lain.
                           II.      Melaksanakan system penebangan hutan terpilih bukannya tebangt-bersih.Pokok yang cukup matang dan cukup ukur lilitnya sahaja yang ditebang.Misalnya, bagi pokok kayu keras yang berukur lilit 45cm ke atas sahaja yang layak ditebang.
                         III.      Melaksanakan usaha R&D secara berterusan khususnya dalam konteks sivilkultur, penjagaan dan perawatan hutan daripada perosak dan penyakit, teknologi pembiabakaan pokok serta teknologi moden pencegahan kebakaran hutan.
                       IV.      Mengelakkan penggunaan sumber-sumber gantian agar tidak terlalu bergantung kepada sumber hutan khususnya kayu.Contohnya penggunaan simen dan batu bata dalam industri pembinaan, penggunaan kayu getah dalam industri perabot, termasuk dikitar semula bahan terbuang.


3.   Langkah kempen kesedaran

        Kempen menyedarkan masyarakat tentang kepentingan hutan sebagai warisan kita menerusi pelbagai media seperti kempen “Cintailah Hutan Kita”termasuk juga program pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan melalui matapelajaran geografi dan alam sekitar di peringkat sekolah dan universiti seperti UPM.





  1. Teknologi

         Penggunaan teknologi yang canggih seperti mesin gergaji, mesin berantai, jentera penarik dan lori pengangkut.Penggunaan mesin dan jentera ini memudahkan kegiatan pembalakan dijalankan.Selain itu, penggunaan baja-baja kimia membantu meningkatkan kualiti kayu balak.mnakala penggunaan biji benih menghasilkan baka yang bermutu tinggi.


SUMBANGAN /PERANAN/KEPENTINGAN SEKTOR PEMBALAKAN   

  1. Peluang pekerjaan

         Wujudnya peluang-peluang pekerjaan seperti kilang pemprosesan kayu balak, pekerja kilang perabot dan pemandu di sektor pengangkutan dan sebagainya.peluang pekerjaan dalam industri ini akan mengurangkan kadar pengangguran.Apabila penduduk mempunyai pekerjaan yang tetap, sumber pendapatan meningkat menyebabkan kuasa beli tinggi dan secara langsung meningkatkan taraf hidup penduduk.

  1. Sumber pendapatan negara

           Sektor pembalakn merukan salah satu industri primer yang berpotensi meningkatkan sumber pendapatan negara.Hal ini kerana hasil-hasil pembalakn dieksport keluar negara seperti Jepun, singapura dan Thailand.Harga hasil pembalakan yang tinggi dalam pasaran antarabangsa menyumbangkan sumber pendapatan negara melalui pengaliran masuk mata wang asing.

  1. Sumber bahan mentah

             Pembalakan membekalkan sumber bahan mentah kepada negara.Contohnya cengal, meranti, seraya, balau dan akarsia.Kayu-kayu berharga ini digunakan oleh industri sekunder untuk dijadikan perabot dan papan lapis yang bermutu tinggi.Sumber bahan mentah ini juga dieksport ke luar negara seperti Jepun,Thailand dan Singapura.

  1. Pembangunan infrastruktur
            
              Aktiviti pembalakan membawa perkembangan kepada pembangunan infrastruktur.Contohnya penebangan hutan dilakukan untuk pembinaan jalan raya, lebuh raya Utara-Selatan, hospital,sekolah dan sebagainy.Dengan pembinaan infrastruktur ini system pengangkutan dapat mempergiatkan lagi aktiviti pembalakn untuk tujuan pengeksportan ke luar negara.Contohnya Jepun,Singapura dan Thailand.




0 comments:


Powered by Blogger.