Malaysia merupakan negara yang mempunyai kawasan hutan hujan khatulistiwa yang luas.Contohnya semenanjung Malaysia meliputi 29%, Sabah 22% dan Sarawak 49%.Kawasan hutan ini banyak membekal kayu yang berharga.misalnya, cengal, meranti, keruing dan merbau.
Permintaan yang tinggi
Pasaran dalam negeri digunakan untuk kilang papan, industri perabot, kilang membuat kertas dan sebagainya.Contoh, kilang yang terdapat di Malaysia ialah Pahang, Sabah dan Sarawak.selain itu, pasaran luar negara yang tinggi dalam bentuk papan lapis,kayu balak dan kayu gergaji.Kayu-kayu ini dieksport ke negara luar seperti Jepun,Thailand dan Singapura.
Dasar kerajaan
Kerajaan menggalakkan kegiatan pembalakan dengan menubuhkan agensi-agensi seperti Lembaga Industri Kayu Balak yang bertujuan untuk mempromosikan dan mencari pasaran baru.Terdapat juga FRIM yang menjalankan Penyelidikan dan pembangunan rawatan pokok.Misalnya, pokok seperti pain, batai dan akarsia.Selain itu Jabatan Perhutanan ditubuhkan untuk memantau kegiatan pembalakan haram dan melakukakan aktiviti penanaman semula.
Peluang pekerjaan
Terdapat 2.4juta penduduk di Malaysia yang mempunyai peluang pekerjaan dalam sektor pembalakan.Selain itu, wujud peluang-peluang pekerjaan seperti pekerja kilang, pemorosesan kayu balak, pekerja kilang perabot dan pemandu di sektor pengankutan dan sebagainya.Peluang bekerja dalam industri ini akan mengurangkan kadar pengangguran.Apabila penduduk mempunyai pekerjaan yang tetap, sumber pendapatan meningkat menyebabkan kuasa beli tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup penduduk.
Sumber pendapatan negara
Sektor pembalakan merupakan salah satu industri primer yang berpotensi meningkatkan sumber pendapatan negara.Hal ini, kerana hasil-hasil pembalakn dieksport ke luar negara seperti Jepun, Singapura dan Thailand.harga hasil pembalakn yang tinggi dalam pasaran antarabangsa menyumbangkan sumber pendapatan negara melalui pengaliran masuk mata wang asing.
Perkembangan Bandar
Aktiviti pembalakan membawa kepada kewujudan sesuatu kawasan menjadi bandar baru.Dengan pembinaan kilang-kilang menggalakkan sesuatu Bandar menjadi tumpuan penduduk dengan menyediakan peluang pekerjaan.Contohnya kilang papan di Kuantan (Pahang), Sandakan (Sabah), Kuala lipis (Pahang) dan Gua Musang (Kelantan).
KESAN-KESAN PEMBALAKAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL
Peningkatan suhu
Penebangan hutan daripada aktiviti pembalakn menyebabkan peningkatan suhu.Hal ini disebabkan ketiadaan pelindung yang menghalang bahangan matahari dan lebihan gas karbon dioksida dalam atmosfera.Contohnya pengurangan kelembapan udara akan membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi dan udara sekitar menjadi kering (Dry Air) serta cuaca menjadi panas.
Kepupusan flora dan fauna
Apabila hutan dimusnahkan untuk tujuan pembalakan pelbagai sepsis flora dan fauna kehilangan habitat.Selain itu, ekosistem terganggu menyebabkan rantaian makanan terjejas.Contohnya kepupusan haiwan seperti harimau, gajah dan monyet.Manakala kepupusan fauna seperti merbau.
Hakisan tanah
Apabila aktiviti pembalakan dilakukan secara berlebihan, berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh.hal ini disebabkan permukaan telah terdedah kepada hakisan air semasa hujan.Hujan yang lebat akan menyebabkan larian air permukaan akan menghakis lapisan permukaan tanah kelodak, lumpur akan masuk ke dalam sungai.Oleh itu, sungai menjadi cetek, keruh dan berlakunya banjir lumpur di kawasan rendah.
Pencemaran air
Penebangan hutan untuk aktiviti pembalakan menyebabkan hakisan larian air permukaan berlaku dan membawa masuk kelodak dan lumpur ke dalam sungai.Oleh itu, air sungai menjadi cetek dan ekosistem akuatik terganggu.Contohnya Sungai Pahang dan Sungai Kelantan.
Kemusnahan kawasan tadahan air
Penebangan hutan untuk pembalakan telah mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan menurunkan paras air dalam tanah.Hal ini akan menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air kepada sungai, tasik, kolam dan paya.Contohnya hutan sebagai span menyerap air dan mengalirkan air.
Perubahan landskap
Kawasan pembalakan yang dijalankan secara berleluasa menyebabkan tanah menjadi gondola.Selain itu, wujudnya kawasan yang agak kering dan menjadi tandus.Contohnya hutan primer bertukar kepada hutan sekunder dan seterusnya menjadi kawasan yang lapang.
LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL AKTIVITI PEMBALAKAN
1.Langkah perundangan
Mewartakan hutan simpan kekal dan menguatkuasakan akta perhutanan negara terhadap sebarang bentuk pencerobohan hutan simpan seperti denda atau kompaun, penjara dan sebagainya.Contohnya dikuatkuasakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Kualiti Alam sekitar 1974.Misalnya, kawasan hutan simpan kekal ialah Taman Negara di Pahang, Taman Negara Bako di Sabah dan Hutan Simpan Belum di Perak.
2.Langkah pengurusan
I.Melaksanakan program perhutanan semula dan penanaman semula hutan yang diuruskan secara sistematik,sainstifik dan terkawal.Hal ini, dinamakan sebagai projek perladangan hutan kompensatori.Sebagai contohnya perladangan hutan di Kemasul, Pahang.Pokok balak yang cepat membesar dan matang dalam tempoh 15 tahun ditanam seperti Batai, Yamane, Akasia dan lain-lain.
II.Melaksanakan system penebangan hutan terpilih bukannya tebangt-bersih.Pokok yang cukup matang dan cukup ukur lilitnya sahaja yang ditebang.Misalnya, bagi pokok kayu keras yang berukur lilit 45cm ke atas sahaja yang layak ditebang.
III.Melaksanakan usaha R&D secara berterusan khususnya dalam konteks sivilkultur, penjagaan dan perawatan hutan daripada perosak dan penyakit, teknologi pembiabakaan pokok serta teknologi moden pencegahan kebakaran hutan.
IV.Mengelakkan penggunaan sumber-sumber gantian agar tidak terlalu bergantung kepada sumber hutan khususnya kayu.Contohnya penggunaan simen dan batu bata dalam industri pembinaan, penggunaan kayu getah dalam industri perabot, termasuk dikitar semula bahan terbuang.
3.Langkah kempen kesedaran
Kempen menyedarkan masyarakat tentang kepentingan hutan sebagai warisan kita menerusi pelbagai media seperti kempen “Cintailah Hutan Kita”termasuk juga program pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan melalui matapelajaran geografi dan alam sekitar di peringkat sekolah dan universiti seperti UPM.
Teknologi
Penggunaan teknologi yang canggih seperti mesin gergaji, mesin berantai, jentera penarik dan lori pengangkut.Penggunaan mesin dan jentera ini memudahkan kegiatan pembalakan dijalankan.Selain itu, penggunaan baja-baja kimia membantu meningkatkan kualiti kayu balak.mnakala penggunaan biji benih menghasilkan baka yang bermutu tinggi.
SUMBANGAN /PERANAN/KEPENTINGAN SEKTOR PEMBALAKAN
Peluang pekerjaan
Wujudnya peluang-peluang pekerjaan seperti kilang pemprosesan kayu balak, pekerja kilang perabot dan pemandu di sektor pengangkutan dan sebagainya.peluang pekerjaan dalam industri ini akan mengurangkan kadar pengangguran.Apabila penduduk mempunyai pekerjaan yang tetap, sumber pendapatan meningkat menyebabkan kuasa beli tinggi dan secara langsung meningkatkan taraf hidup penduduk.
Sumber pendapatan negara
Sektor pembalakn merukan salah satu industri primer yang berpotensi meningkatkan sumber pendapatan negara.Hal ini kerana hasil-hasil pembalakn dieksport keluar negara seperti Jepun, singapura dan Thailand.Harga hasil pembalakan yang tinggi dalam pasaran antarabangsa menyumbangkan sumber pendapatan negara melalui pengaliran masuk mata wang asing.
Sumber bahan mentah
Pembalakan membekalkan sumber bahan mentah kepada negara.Contohnya cengal, meranti, seraya, balau dan akarsia.Kayu-kayu berharga ini digunakan oleh industri sekunder untuk dijadikan perabot dan papan lapis yang bermutu tinggi.Sumber bahan mentah ini juga dieksport ke luar negara seperti Jepun,Thailand dan Singapura.
Pembangunan infrastruktur
Aktiviti pembalakan membawa perkembangan kepada pembangunan infrastruktur.Contohnya penebangan hutan dilakukan untuk pembinaan jalan raya, lebuh raya Utara-Selatan, hospital,sekolah dan sebagainy.Dengan pembinaan infrastruktur ini system pengangkutan dapat mempergiatkan lagi aktiviti pembalakn untuk tujuan pengeksportan ke luar negara.Contohnya Jepun,Singapura dan Thailand.
KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP PERSEKITARAN PANTAI
Pengenalan
Sejak dahulu lagi, kawasan pantai telah dimanfaatkan oleh manusia untuk pelbagai kegunaan. Manusia memperoleh pelbagai jenis hidupan laut sebagai makanan. Laut yang terbentang luas yang bersambung secara langsung dengan sungai pula mempermudahkan manusia untuk bergerak dari satu tempat dengan tempat lain. Disamping itu, pantai juga menyediakan tempat yang sesuai untuk dijadikan kawasan penempatan manusia.
Pada masa ini, kebergantungan manusia terhadap kawasan pantai semakin meningkat. Disebabkan kedudukannya yang strategik, kawasan pantai telah digunakan untuk mendirikan pelabuhan, limbungan, pangkalan tentera laut, pusat pelancongan dan kawasan-kawasan rekreasi. Corak penggunaan yang semakin meningkat ini boleh dilihat di banyak kawasan pantai di seluruh dunia. Penggunaan kawasan pantai secara berterusan akan memberi kesan besar terhadap ekosistem ini. Sesetengah kesan ini boleh dielakkan atau dikurangkan melalui pendidikan manakala yang lain memerlukan pelaksanaan undang-undang. Dalam bab ini, beberapa kesan akibat daripada kegiatan manusia akan dibincangkan.
Pencemaran
Kawasan laut selalu dianggap sebagai satu kawasan pembuangan yang paling sesuai untuk bahan-bahan buangan manusia. Untuk sekian lama, manusia beranggapan bahawa lautan yang luas mampu untuk menyerap segala bahan-bahan yang dilambakkan ini. Sekarang manusia mula menyedari bahawa biarpun seluas mana laut, laut tidak akan mampu untuk menyerap kesemua buangan. Ada sesetengah bahan biarpun wujud dalam jumlah yang sedikit mampu memberi kesan yang besar terhadap komuniti lain.
Pencemaran Logam Berat
Logam berat seperti raksa, kadmium dan plumbum merupakan komponen semulajadi persekitaran. Namun, apabila kepekatan logam-logam ini tinggi daripada biasa, logam-logam ini akan menjadi satu ancaman kesihatan kepada manusia. Kawasan pantai kerap dicemari oleh logam-logam berat yang terdapat dalam air buangan dari kawasan industri dan kegiatan perlombongan. Air buangan ini selalunya tidak dirawat terlebih dahulu tetapi disalurkan terus ke longkang-longkang yang kemudiannya akan memasuki kawasan pantai melalui sistem sungai.
Biarpun kandungannya mungkin rendah di air, namun disebabkan logam berat ini boleh memasuki rantai makanan, kesannya boleh dilihat pada hidupan lain yang hidup jauh dari sumber pencemaran. Kesannya mungkin tidak dirasai serta-merta tetapi mungkin akan disedari selepas beberapa tahun.
Sesetengah organisma marin berkemampuan mempertingkatkan kesan bahan toksik dengan mengumpul logam berat di dalam jasad pada kepekatan yang jauh lebih tinggi daripada kepekatan di air. Kepekatan bahan kimia ini dipertingkatkan oleh hidupan air melalui proses yang dikenali sebagai magnifikasi biologi atau biotumpukan. Melalui proses ini, kandungan logam berat dalam jasad organisma di aras trofik yang lebih tinggi adalah lebih pekat daripada yang ditemui dalam jasad haiwan aras trofik sebelumnya. Peningkatan kepekatan ini berlaku kerana logam berat tidak digunakan oleh organisma sebaliknya terkumpul dalam tisu. Apabila beberapa individu dimakan oleh haiwan karnivor aras trofik yang lebih tinggi, karnivor ini menerima kesemua logam daripada setiap individu yang dimakan. Maka kepekatan logam berat di dalam karnivor dipertingkatkan. Sekiranya rantai makanan panjang, maka kepekatan logam berat yang cukup tinggi boleh dikesan di dalam jasad karnivor yang teratas di rantai makanan tersebut. Memandangkan manusia pada kebiasaannya memakan organisma yang menduduki aras trofik yang tinggi (seperti ikan tuna), maka manusia terdedah kepada bahaya keracunan logam berat. Satu kes klasik tentang keracunan logam berat adalah kes keracunan di Teluk Minimata.
Pada tahun 1930, sebuah kilang kimia telah dibina di Teluk Minimata, Jepun. Hasil sampingan daripada kilang ini mengandungi bahan raksa yang disalurkan terus ke teluk. Melalui proses magnifikasi biologi, kepekatan raksa yang tinggi telah terkumpul dalam ikan marin dan kerang-kerangan. Ikan dan kerang-kerangan ini seterusnya telah dimakan oleh penduduk tempatan. Selepas 15 tahun, satu penyakit neurologi mula dikesan di kalangan penduduk terutama kanak-kanak. Penyakit aneh ini dikenali sebagai penyakit Minimata. Pada tahun 1959, keracunan raksa telah dicamkan sebagai punca penyakit. Hanya pada tahun 1960 keracunan raksa ini dapat dibuktikan berpunca daripada air buangan daripada kilang kimia yang telah beroperasi semenjak tahun 1930 itu.
Selain mempunyai kesan buruk terhadap manusia, keracunan logam berat boleh juga membunuh hidupan liar. Pada tahun 1979, lebih kurang 2000 ekor burung kebanyakannya Calidris alpina telah mati di kawasan muara Mersey, di United Kingdom. Kandungan plumbum dalam hati burung-burung yang mati ini adalah sekitar 10 ppm berat kering. Punca plumbum ini ialah daripada efluen kilang yang sampai pada burung ini melalui makanannya iaitu Macoma balthica (1 ppm) dan Nereis diversicolor (0.2 ppm).
Pencemaran Pestisid
Pestisid adalah bahan kimia organik dan bukan organik yang diwujudkan oleh manusia untuk mengawal bakteria, haiwan dan serangga perosak. Namun begitu, penggunaannya secara berterusan dan tanpa kawalan boleh memberi kesan buruk kepada persekitaran terutama sekali sekiranya pestisid ini bersifat kekal. Pestisid kekal yang lengai ini, tidak boleh diurai melalui proses kimia mahupun melalui kegiatan biologi. Lagi pun, pestisid jenis ini juga memperlihatkan sifat biotumpukan. Diklorodifeniltrikloroetana atau singkatannya DDT adalah satu contoh baik untuk melihat kesan biotumpukan pestisid.
DDT adalah pestisid sintetik dalam kumpulan hidrokarbon berklorin yang pertama diwujudkan. Pestisid ini telah digunakan pada tahun 1945 dan telah dianggap sebagai rahmat kerana telah berjaya memusnahkan pelbagai jenis serangga perosak. Pada masa yang sama, pestisid ini tidak berbahaya pada manusia. Namun, pestisid ini mempunyai beberapa sifat yang boleh memberi kesan buruk kepada persekitaran.
DDT adalah sebatian yang sangat stabil dan boleh kekal di persekitaran untuk jangka waktu yang sangat lama. Pestisid ini juga tidak larut dalam air tetapi larut dalam lemak atau lipid.
Walaupun DDT tidak digunakan di persekitaran marin secara langsung, namun bahan kimia ini telah memasuki jaringan makanan marin melalui air larian dari daratan, hujan dan kegiatan membuang sisa-sisa ke sistem air. Akibatnya, DDT telah dikesan dalam organisma marin termasuklah dalam haiwan yang tinggal jauh di Antartika. Karnivor yang menduduki aras tinggi dalam rantai makanan memperlihatkan aras DDT yang tinggi. DDT memasuki rantai makanan di persekitaran marin melalui plankton. DDT diserap oleh permukaan plankton atau pun dilarutkan oleh lipid. Disebabkan bahan kimia ini tidak digunakan dalam metabolisme, proses biomagnifikasi berupaya memekatnya pada setiap aras trofik yang dilalui sehinggalah ke karnivor teratas.
DDT mempunyai kesan yang buruk terhadap burung-burung marin. Paras DDT yang tinggi dalam jasad burung akan mengganggu pembentukan kulit telur. Ini menyebabkan telur yang dihasilkan mempunyai kulit yang nipis dan mudah pecah.
Pencemaran Haba
Disebabkan kedudukannya yang strategik, kawasan pantai telah digunakan untuk menempatkan stesen penjana kuasa. Untuk tujuan penyejukan, air laut digunakan dan air yang telah dipanaskan ini dikembalikan semula ke laut. Keadaan ini menimbulkan apa yang dikenali sebagai pencemaran haba. Suhu air buangan stesen penjana kuasa ini selalunya beberapa darjah lebih panas daripada suhu air sekeliling.
Di kawasan temperat, kesan pada biasanya terbatas di kawasan sekitar saluran keluar pencemaran itu. Misalnya di Maine, United Kingdom, kajian mendapati bahawa alga perang seperti Ascophyllum dan Fucus tidak hidup di air yang dipanaskan ke 27 0C - 30 0C akibat pencemaran haba dari stesen penjana kuasa. Namun begitu, kajian yang sama mendapati alga hijau Enteromorpha intestinalis meningkat dengan banyaknya di kawasan saluran keluar pencemaran.
Di kawasan tropika, kesan pencemaran haba adalah lebih teruk daripada apa yang dilihat di kawasan temperat. Ini disebabkan hidupan marin di kawasan tropika hidup di suhu air yang sudah hampir kepada suhu maksimum. Sebarang peningkatan suhu akan mendedahkan organisma ini kepada bahaya kematian. Di Florida misalnya, kawasan rumput laut dan batu karang telah musnah oleh discaj stesen penjana nuklear. Pencemaran haba ini turut menjejaskan kawasan hutan bakau. Suhu air yang tinggi mengganggu proses pembiakan pokok bakau sehinggakan anak benih bakau tidak dapat dihasilkan.
Kumbahan Dan Eutrofikasi
Kegiatan perbandaran yang pantas dan penambahan bilangan penduduk yang cepat telah memburukkan lagi masalah pembetungan disebabkan kemudahan rawatan kumbahan tidak dapat memenuhi segala permintaan. Di banyak negara, kumbahan mentah dilepaskan terus ke perairan pantai. Air kumbahan ini menyumbangkan nutrien, bahan pepejal terampai, bahan terlarut, minyak, logam seperti arsenik, raksa, kromium, plumbum dan mangan dalam kuantiti yang tinggi ke sistem pantai. Bahan-bahan cemar ini akan menimbulkan banyak masalah pencemaran.
Kewujudan pepejal terampai dalam jumlah yang banyak akan mempertingkatkan pemendakan dan kekeruhan air. Kekeruhan yang tinggi akan mengganggu proses penukaran karbon dioksida ke oksigen melalui proses fotosintesis. Permintaan oksigen biologi juga turut bertambah disebabkan oleh kehadiran pepejal terampai ini. Pada kes-kes yang ekstrem, kehadiran bahan organik yang tinggi menyebabkan kandungan oksigen menjadi begitu rendah sehingga boleh membunuh ikan-ikan.
Walaupun nutrien sangat perlu untuk habitat akuatik, namun kehadiran nutrien yang terlalu banyak akan mewujudkan suatu keadaan yang dikenali sebagai proses eutrofikasi. Proses pengayaan ini akan merangsang pertumbuhan alga bentik terutama alga hijau seperti Enteromorpha, Cladophora dan Ulva. Sekiranya pertumbuhan sederhana, alga-alga ini boleh menstabilkan sedimen dan menjadi sumber makanan kepada hidupan lain. Namun begitu, sekiranya pertumbuhan terlalu pesat, kehadiran alga tebal yang berserabut memberi kesan buruk kepada hidupan invertebrat yang bersembunyi di sedimen memandangkan bekalan oksigen di sedimen menurun. Kehadiran alga bentik secara keterlaluan juga akan menyebabkan pengurangan bilangan burung dan ikan disebabkan haiwan-haiwan ini tidak dapat menggunakan dataran selut dan pasir.
Selain daripada merangsang pertumbuhan alga bentik, proses eutrofikasi juga boleh merangsang blum alga dan merubah komuniti hidupan iaitu daripada komuniti yang berpenghasilan rendah tapi memperlihatkan kepelbagaian yang tinggi ke komuniti berpenghasilan tinggi tetapi memperlihatkan kepelbagaian hidupan yang rendah.
Untuk pantai berbatu yang mempunyai pergerakan air yang mencukupi, kesan pencemaran terbatas di sekitar kawasan aliran keluar kumbahan. Kesan pencemaran yang lebih ketara boleh dilihat di kawasan teluk yang tertutup, pelabuhan atau muara. Di sini, masa penukaran air adalah panjang. Penyelerakan bahan cemar bergantung terutamanya pada kitar pasang-surut yang akan membantu membawa efluen ke tengah laut.
Walaupun kesan ekologi air kumbahan kemungkinan besar terbatas untuk kebanyakan pantai, namun wujud beberapa masalah kesihatan umum. Haiwan pemakan turas seperti kupang dan kima mampu mengumpul dan memekatkan patogen kumbahan. Ini menjadikan kerangan-kerangan ini tidak boleh dimakan oleh manusia.
Selama ini, mandi-manda di air yang dicemari dengan kumbahan dianggap tidak meninggalkan kesan besar kecualilah kalau pencemaran itu sungguh ketara. Kemasinan air laut dan sinaran ultralembayung yang tinggi dianggap boleh membunuh serta-merta organisma pembawa penyakit. Tetapi, di banyak kawasan pantai, airnya begitu keruh sekali. Kekeruhan yang tinggi akan menghalang kemasukan sinaran ultralembayung ke dalam air. Kajian-kajian epidemiologi yang terbaru memperlihatkan bahawa insiden jangkitan penyakit yang merengsakan seperti jangkitan telinga, kerongkong dan perut semakin meningkat di kalangan orang ramai yang mandi-manda di kawasan yang dicemari oleh kumbahan. Persoalan sama ada penyakit berbahaya boleh dijangkiti melalui air laut yang tercemar dengan bahan kumbahan masih hangat diperbincangkan. Kesan kehadiran patogen virus di persekitaran masih belum diketahui dan ini menimbulkan kerisauan di kalangan masyarakat.
Satu strategi untuk membersihkan kawasan pantai adalah dengan memanjangkan paip-paip yang menyalurkan air kumbahan jauh ke tengah laut. Melalui rawatan primer, pepejal kasar biasanya disaring terlebih dahulu sebelum dibebaskan ke persekitaran. Sekiranya penyerakan baik dan sekiranya bahan-bahan ini tidak dibawa balik ke kawasan pantai oleh angin dan arus, maka ini adalah pilihan yang baik. Masalah akan timbul apabila paip-paip ini tidak cukup panjang ataupun diletakkan di tempat yang tidak sesuai yang menyebabkan bahan kumbahan ini dibawa balik ke pantai oleh arus. Satu lagi pilihan ialah dengan melakukan rawatan sekunder. Melalui rawatan ini, pepejal terampai dan BOD air kumbahan dapat dikurangkan. Rawatan tertier pula akan mengurangkan lagi nutrient dan BOD. Namun begitu, kos rawatan tertier ini adalah mahal.
Cat Anticemar
Sejak dahulu lagi ahli sains telah sedar bahawa bahan larut lesap seperti kuprum daripada cat anticemar boleh menyebabkan pencemaran kawasan pelabuhan tetapi kerisauan masyarakat umum semakin bertambah dengan adanya bukti baru tentang kesan buruk cat yang mengandungi tributiltin (TBT) iaitu satu bahan organotin. TBT adalah toksik kepada banyak hidupan laut dan bahan ini boleh membunuh hidupan marin biarpun pada kepekatan yang sangat rendah, iaitu satu nanogram per liter. Malangnya, kepekatan bahan ini di perairan pantai mungkin mencecah 40 ng per liter manakala di kawasan pelabuhan dan marina kepekatan mungkin mencapai 900 ng per liter. Kebanyakan TBT di perairan pantai berasal daripada cat yang digunakan untuk mengecat kapal layar dan kapal-kapal rekreasi. Cat ini melepaskan bahan biosid ke air untuk membunuh organisma pencemar.
Biosid yang digunakan ini meninggalkan kesan ekologi. Sebelum ini, kesan racun ini terbatas di kawasan muara dan pelabuhan yang berhampiran dengan kawasan industri. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, disebabkan terdapat peningkatan bilangan marina dan kegiatan menggunakan kapal untuk tujuan rekreasi, kesan ekologi telah diperluaskan dengan melibatkan kawasan muara dan teluk yang bersih. Di sesetengah tempat yang mempunyai pantai yang lurus, kesannya boleh dirasai di seluruh pantai. Untuk kawasan tertutup, kehadiran kapal yang banyak boleh mengakibatkan aras TBT meningkat begitu tinggi sehingga boleh membunuh spesies hidupan komersial dan bukan komersial ataupun mempengaruhi pertumbuhan dan pembiakan hidupan-hidupan ini. Kehadiran TBT juga boleh memusnahkan industri akuakultur kerana bahan ini boleh membunuh dan mencacatkan organisma yang diternak.
Blum Alga Toksik
Kejadian ombak merah yang terhasil akibat kehadiran dinoflagelat toksik dan alga-alga lain adalah kejadian semula jadi. Kejadian ini boleh menyebabkan kematian banyak haiwan-haiwan di pantai-pantai berdasaran lembut ataupun keras. Ombak merah ini mampu mengurangkan bilangan haiwan peragut dan haiwan yang memerlukan ruang yang luas untuk hidup seperti teritip dan kupang. Ruang-ruang yang kosong ini akan diambil alih oleh populasi alga.
Ada bukti-bukti yang menunjukkan bahawa eutrofikasi akibat kegiatan manusia bertanggungjawab terhadap kejadian pasang merah. Blum yang teruk seperti yang disebabkan oleh Gyrodinium aureolum, Ceratium spp. dan Chrysochromulina polylepis di Laut Utara telah membunuh ikan dan invertebrat pantai. Kejadian ini juga telah membinasakan kegiatan akuakultur di kawasan ini.
Tumpahan Minyak
Di laut, tumpahan minyak boleh berlaku disebabkan kemalangan yang melibatkan kapal pembawa minyak atau kemalangan di pelantar minyak. Di daratan, tumpahan minyak juga boleh berlaku akibat kemalangan yang melibatkan telaga minyak, stesen penapis minyak, saluran paip yang membawa minyak atau pun lori pembawa minyak. Setiap tahun, begitu banyak sekali tumpahan minyak telah dilaporkan. Kebanyakan tumpahan minyak ini melibatkan jumlah minyak yang kecil. Namun begitu, malapetaka tumpahan minyak yang melibatkan beribu-ribu liter minyak kerap berlaku (Jadual 11.1). Jumlah keseluruhan minyak yang tumpah tidaklah dapat dipastikan tetapi dianggarkan bahawa setiap juta metrik tan minyak yang diangkut setiap tahun, sekitar 1 metrik tan hilang disebabkan tumpahan. Kebanyakannya kehilangan minyak ini disebabkan kemalangan kapal pembawa minyak.
Jumlah minyak yang tumpah tidaklah begitu penting dari segi kesannya terhadap persekitaran. Tumpahan yang paling besar pernah dicatatkan adalah daripada telaga minyak Ixtoc 1 yang meletup pada tahun 1979 di Teluk Mexico.
Adalah dianggarkan sebanyak 500,000 tan minyak dibebaskan ke laut. Namun disebabkan tindakan angin dan arus, minyak ini tidak sampai ke pantai. Minyak tersebut tersebar dan hancur berkecai di laut lepas. Sebaliknya, tumpahan yang lebih kecil iaitu dari kapal Amoco Cadiz yang tenggelam di Selat Inggeris pada tahun 1978, telah merosakkan beratus-ratus kilometer pantai Brittany. Dalam malapetaka ini, sebanyak 233,000 tan minyak telah tumpah dan satu pertiga daripadanya sampai ke pantai untuk mencemari 320 km pantai. Tumpahan ini telah mencemari atau memusnahkan hidupan marin yang bernilai komersial seperti kupang, tiram dan udang karang.
Tumpahan minyak boleh menimbulkan banyak masalah. Pantai-pantai yang cantik menjadi kotor dan tidak boleh digunakan lagi sebagai tempat rekreasi. Malapetaka ini turut menjejaskan ekonomi masyarakat tempatan kerana memusnahkan kegiatan menangkap ikan, pelancongan dan kegiatan lain yang bergantung kepada persekitaran yang bersih. Moluska yang boleh dimakan seperti kima, kerang dan tiram akan mempunyai rasa berminyak. Kawasan kerang-kerangan terpaksa ditutup untuk jangka masa yang panjang kerana tumpahan minyak ini. Kawasan-kawasan perikanan musnah apabila tumpahan minyak berlaku di kawasan ikan bertelur. Minyak mentah yang tumpah di laut lepas boleh membunuh burung marin dan memerang. Lapisan minyak di badan haiwan ini akan menjadikan badan haiwan menjadi telap air. Haiwan ini akan mati sama ada disebabkan lemas, kepenatan atau kesejukan.
Selain daripada kesan jangka pendek, tumpahan minyak juga akan memberi kesan jangka panjang. Minyak yang sampai ke pantai akan melitupi kawasan cetek subtidal dan intertidal. Ketoksikan minyak ini kepada hidupan bergantung kepada jenis minyak dan tahap penguraian yang berlaku di laut. Kerapkali, kegiatan memadam api dan kerja-kerja pembersihan membunuh lebih banyak hidupan laut jika dibandingkan dengan kematian disebabkan oleh minyak yang tumpah itu sendiri. Ini memandangkan pelbagai bahan kimia seperti detergen digunakan untuk memecah atau menyelerakkan minyak. Detergen ini adalah toksik kepada hidupan marin.
Kajian mendapati bahawa organisma batu karang terjejas teruk dan kawasan bakau bersama-sama hidupannya musnah sama sekali akibat tumpahan minyak. Kajian ini juga mendapati bahawa kadar kematian hidupan yang tinggal di dasaran adalah tinggi. Sesetengah spesies hapus sama sekali dan bilangan haiwan secara keseluruhannya berkurangan. Sebagai contoh, selepas tumpahan minyak dari Torrey Canyon dan Amoco Cadiz, haiwan dwiinjap terutamanya siput razor (Solen, Ensis, Pharus), kerang (Cerastoderma edule) dan landak laut hati (Echinocardium) terjejas teruk. Sebaliknya, dwiinjap seperti Telinna spp. dan Mya renia terselamat. Lelompat pasir (Talitrus saltator) dan ampipod eulitoral (Ampelisca brevicornis) mengalami kadar kematian yang sangat tinggi sementara ampipod dan isopod lain tidak terjejas. Kajian ini juga mendapati sesetengah haiwan seperti poliket memperlihatkan daya mudah pulih yang tinggi terhadap tumpahan minyak.
Pengumpulan Tumbuhan Dan Haiwan Marin
Kemungkinan besar, penggunaan awal laut oleh manusia adalah untuk mencari makanan. Populasi manusia yang awal ini menangkap pelbagai jenis ikan yang hidup di muara dan lagun. Pada masa itu, ikan ditangkap menggunakan perkakas menangkap ikan yang mudah seperti tempuling, panah, pancing, perangkap dan jaring. Selain daripada itu, ada juga penduduk pantai yang menangkap ikan menggunakan pelbagai ekstrak tumbuhan seperti tuba untuk melemahkan atau membunuh ikan. Di Japan, burung dendang air telah digunakan semenjak turun temurun untuk menangkap ikan di kawasan pantai. Leher burung ini diikat agar menghalang burung ini memakan ikan yang ditangkap.
Di negara-negara miskin, desakan untuk sumber makan oleh masyarakat telah meningkatkan lagi eksploitasi kawasan pantai. Untuk negara-negara ini, pengumpulan kerang-kerangan dan hidupan laut yang lain merupakan unsur penting kegiatan manusia yang tinggal di pinggir pantai. Hidupan laut seperti landak laut, teritip, pelbagai jenis siput dwicangkerang, teripang, sotong kurita dan pelbagai jenis ketam dikumpul untuk makanan. Pada peringkat awal, pengumpulan kerang-kerangan dan hidupan marin merupakan aktiviti sara hidup semata-mata. Lama kelamaan, kegiatan ini bertukar wajah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan. Sekadar contoh, pada suatu masa dahulu, tiram merupakan makanan untuk orang miskin. Sekarang ini tiram tidak dikutip untuk kegunaan sendiri semata-mata tetapi untuk dijual kepada pengusaha restoran mewah untuk dinikmati oleh masyarakat yang berada.
Di banyak negara, rumpai laut turut dikumpulkan daripada perairan pantai untuk dijadikan makanan. Di Eropah dan di beberapa negara di Timur Jauh, rumpai laut seperti Palmaria, Chondrus dan Porphyra telah dikumpulkan dan digunakan sebagai makanan sejak turun temurun. Selain dijadikan makanan, rumpai laut boleh digunakan untuk mendapatkan sumber fikokoloid. Alga merah seperti Gelidium, Gracilaria dan Pterocladia telah digunakan untuk mendapatkan agar manakala Chondrus dan Eucheuma digunakan untuk mendapatkan karagenan. Alga perang pula dituai untuk mendapatkan asid alginat yang digunakan dalam pelbagai jenis barangan seperti kosmetik, produk farmaseutikal, bir, aiskrim, krim muka dan syampu. Memandangkan pentingnya rumpai laut kepada industri dan sebagai makanan, usaha untuk menanam secara komersial telah dimulakan di negara-negara Timur Jauh terutama di China, Jepun dan Korea.
Di kebanyakan negara, rumpai laut di kawasan semulajadi atau yang terapung dikutip dengan menggunakan tangan. Namun begitu, ada juga negara yang telah beralih kepada kaedah penuaian secara berjentera. Dengan kaedah ini, lebih banyak rumpai laut boleh dikumpulkan untuk tujuan industri. Kaedah penuaian berjentera telah digunakan untuk menuai Laminaria dan Ascophyllum di Norway, Ascophyllum di Maine dan Macrocystis di California.
Selain daripada pengumpulan untuk tujuan makanan, invertebrat marin juga dikumpulkan dalam kuantiti yang banyak untuk digunakan sebagai umpan dalam kegiatan menangkap ikan secara komersial mahupun untuk tujuan rekreasi. Kupang-kupang disingkirkan dari habitatnya untuk mendapatkan cacing yang hidup di kawasan ini. Batu-batu tongkol di kawasan pantai diterbalikkan dalam usaha untuk mendapatkan ketam lembut manakala kawasan berpasir dan berselut digali untuk mendapatkan cacing.
Pengumpulan siput-siput hiasan dan haiwan pantai lain sebagai cenderamata telah menjadi satu sumber pendapatan penting di banyak negara di dunia ini (Rajah 11.1). Selain daripada menjualnya pada para pelancong, perniagaan yang pada mulanya dijalankan secara kecil-kecilan ini telah berkembang menjadi kegiatan eksport yang penting untuk sesetengah negara seperti Afrika, Filipina, Indonesia, Thailand dan India.
Pengumpulan tumbuhan dan haiwan pantai sama ada untuk makanan, umpan, cenderamata atau untuk tujuan industri, bukan setakat menjejaskan haiwan-haiwan yang dikutip tetapi mempunyai kesan
kepada komuniti lain. Sekiranya kadar eksploitasi sederhana, tanda-tanda perikanan lampau pertumbuhan (growth over fishing) akan kelihatan. Haiwan-haiwan yang dikumpulkan mempunyai saiz badan yang kecil memandangkan haiwan-haiwan ini diambil terlalu cepat sehinggakan haiwan ini tidak sempat untuk membesar. Sekiranya kadar eksploitasi tinggi, populasi boleh dikurangkan ke satu tahap yang tidak membenarkan spesies ini membiak cepat untuk mengekalkan populasinya. Keadaan ini dikenali sebagai perikanan lampau pengrekrutan (recruitment over fishing). Pengutipan secara selektif turut menjejaskan imbangan jantina dalam sesuatu populasi Untuk limpet, pengambilan haiwan betina semata-mata akan mengubah nisbah jantina dan mengurangkan pengeluaran telur untuk populasi tersebut.
Manusia berkemampuan untuk mengeksploitasi secara berlebihan sehingga setengah-setengah haiwan menjadi “pupus” dari kawasan tersebut. Sekadar contoh, landak laut Paracentrotus lividus sebelum ini banyak ditemui di pantai Peranchis Utara, tetapi kajian yang dilakukan pada tahun 1980-an mendapati haiwan ini semakin sukar ditemui. Selain daripada faktor cuaca, dipercayai kesukaran menemui haiwan ini adalah disebabkan eksploitasi yang tinggi untuk mendapatkan gonad. Gonad ini menjadi makanan istimewa di Peranchis. Di Afrika Timur, kowari yang dikutip untuk hiasan sekarang ini sukar ditemui lagi di kawasan yang kadar eksploitasi tinggi. Namun begitu, siput ini masih banyak di kawasan yang terpencil dan tidak mempunyai ramai penduduk.
Pengutipan haiwan tertentu boleh memberi kesan pada keseluruhan komuniti di kawasan tersebut. Pengutipan haiwan yang memerlukan ruang luas seperti teritip, kupang atau tunikat bersaiz besar akan membuka ruang kosong dan memulakan satu proses sesaran. Sekiranya kadar eksploitasi rendah, pengutipan peragut sedentari seperti limpet akan memulakan proses sesaran secara kecil-kecilan. Tetapi sekiranya eksploitasi tinggi, kawasan itu akan dikuasai sepenuhnya oleh populasi alga.
Pengutipan secara selektif turut mengganggu interaksi antara populasi. Pengutipan gastropod pemangsa atau tapak sulaiman misalnya akan meningkatkan bilangan haiwan mangsa seperti teritip atau kupang. Spesies yang tidak digemari oleh manusia seperti gastropod Siphonaria akan berkembang baik disebabkan pengurangan pesaing seperti Fissularia yang merupakan makanan manusia dan dikutip dengan banyak.
Pengutipan rumpai laut yang rimbun dari kawasan pantai akan memberi kesan kepada komuniti lain. Kehilangan kanopi akan menyebabkan proses sesaran dimulakan dan diikuti pula oleh proses pemulihan. Sekiranya tumbuhan dituai dan masih mempunyai keupayaan untuk berkembang secara vegetatif, tumbuhan mungkin memerlukan satu atau dua tahun untuk mencapai kepadatan populasi yang asal. Namun sekiranya bahagian basal terganggu, proses pemulihan populasi akan mengambil masa. Macrocystis, kelpa gergasi yang dituai secara berjentera di California mempunyai beberapa meristem di batangnya. Ini membenarkan kelpa ini tumbuh semula selepas dituai. Dengan hilangnya kanopi akibat kegiatan menuai, tumbesaran tumbuhan juvenil dapat berjalan dengan lebih cepat. Sebelum ini, tumbuh-tumbuhan ini terbantut disebabkan kesan naungan oleh tumbuh-tumbuhan lain. Pada masa ini, penuaian Macrocystis meninggalkan kesan ekologi yang minimum.
Pengutipan haiwan untuk umpan, sama ada dengan menggondolkan kawasan kerang-kerangan seperti kupang di pantai berbatu atau dengan menggali lubang di kawasan pantai, akan menyebabkan gangguan fizikal yang teruk. Di dataran berselut dan berpasir, kegiatan membuat lubang oleh haiwan menyumbangkan oksigen kepada sedimen. Penggalian untuk mencari umpan dan mengorek sedut akan memusnahkan lubang-lubang yang sedia ada. Tindakan ini juga akan membunuh haiwan yang mengorek lubang di kawasan tersebut. Selain daripada itu, kegiatan itu akan mengurangkan bilangan haiwan umpan itu sendiri. Disebabkan haiwan-haiwan umpan ini bersaiz besar dan berhayat panjang, pertambahan bilangannya mungkin mengambil masa.
Eksploitasi predator peringkat atas mungkin mempunyai kesan yang berpanjangan. Penyingkiran memerang laut, udang karang dan ikan predator misalnya mungkin meninggalkan kesan yang besar terhadap komuniti rumpai laut di kawasan sublitoral. Dengan berkurangnya haiwan-haiwan predator ini, populasi landak laut akan meningkat dengan mendadak dan ini akan menyebabkan ragutan berlebihan ke atas komuniti rumpai laut.
Kegiatan pelancongan dan riadah telah menarik ramai orang datang ke kawasan pantai. Kehadiran manusia yang ramai sudah tentu meninggalkan kesan kepada persekitaran ini. Banyak hidupan mati atau habitat musnah akibat terpijak oleh tapak-tapak kaki manusia. Kerosakan yang besar boleh dikesan terutamanya di kawasan pantai yang mempunyai komuniti batu karang. Batu karang jenis bercabang akan musnah apabila dipijak memandangkan strukturnya yang rapuh. Kehadiran perahu atau bot pelancongan akan memburukkan lagi keadaan. Banyak kawasan batu karang musnah akibat kegiatan menaik atau menurunkan sauh ke dasaran. Batu karang mengambil masa yang panjang untuk membesar tetapi manusia mampu memusnahkannya dalam sekelip mata sahaja.
Pencemaran Spesies Baru
Satu lagi bentuk pencemaran yang patut diberikan perhatian ialah pencemaran disebabkan kemasukan spesies asing ke sesuatu kawasan. Kemasukan haiwan atau tumbuhan baru akan menimbulkan ancaman baru terhadap fauna dan flora tempatan. Ini memandangkan organisma-organisma yang dibawa masuk mungkin berjaya membanjiri kawasan baru dan berkembang dengan cepat. Spesies-spesies pendatang ini kemudiannya akan menggantikan spesies asli dan mengganggu dinamik komuniti .
Kegiatan membawa masuk spesies baru boleh berlaku secara sengaja (Jadual 11.2). Dalam usaha untuk mempertingkatkan kegiatan perikanan atau untuk mendapatkan spesies akuakultur, spesies daripada kawasan lain dibawa masuk. Tiram timur (Crassostrea virginica) dan tiram Jepun (Crassostrea gigas) telah dibawa masuk ke muara dan teluk pantai timur Amerika Syarikat untuk tujuan akuakultur. Ikan bass berjalur (Morone saxatilis) juga telah dibawa masuk ke pantai Pasifik dari pantai Atlantik untuk tujuan perikanan.
Semasa membawa masuk spesies baru untuk tujuan perikanan dan akuakultur, tanpa disedari spesies asing yang lain turut dibawa bersama. Satu contoh terbaik adalah rumpai laut perang Sargassum muticum (Rajah 11.2). Rumpai laut ini berasal dari Jepun dan dibawa masuk melalui pemindahan tiram Jepun Crassostrea gigas untuk tujuan akuakultur di Eropah. Di negara asalnya iaitu di Jepun, Sargassum muticum adalah rumpai laut yang bersaiz sederhana dan dianggap tidak penting dari segi ekologi. Tetapi di tempat baru, rumpai laut ini membentuk biojisim yang tinggi dengan jasadnya yang besar lagi rimbun. Di setengah-setengah tempat, rumpai laut ini membentuk spesies yang paling dominan. Sekarang ini, rumpai laut ini boleh ditemui sepanjang pantai selatan kepulauan Britain sehinggalah ke Denmark, Sweden Barat, Belanda, Belanda dan Peranchis. Rumpai laut ini telah menggantikan beberapa spesies rumpai laut tempatan seperti Chorda filum dan mengurangkan kelimpahan Cystoseira dan Halidrys.
Walaupun Sargassum muticum telah merebak ke Amerika Syarikat, tetapi kewujudannya tidaklah sesubur di Eropah. Ini mungkin disebabkan oleh kehadiran haiwan pesaing dan peragut (sama seperti yang terdapat di laut Indo-Pasifik) telah berjaya mengawal pertumbuhan spesies ini. Persekitaran fizikal di Eropah mungkin juga lebih sesuai untuk kehidupan rumpai laut ini.
Satu lagi cara bagaimana organisma asing terutama teritip dibawa masuk ke sesuatu kawasan secara tidak sengaja ialah melalui kapal. Satu contoh baik ialah spesies teritip Australia Elminius modestus yang telah dibawa masuk ke Britain (Rajah 11.2). Spesies yang telah dikesan pertama kali di pantai Britain di akhir perang dunia kedua, telah dibawa masuk ke Britain oleh kapal-kapal perang. Elminius merebak cepat di sekitar kepulauan Britain dan tanah besar Eropah sama ada melalui sebaran larva atau pergerakan kapal. Spesies in hidup dengan baiknya di kawasan muara dan teluk dan telah menggantikan teritip tempatan seperti Semibalanus balanoides dan Chthamalus montagui. Pada masa in Elminius membentuk sebahagian daripada fauna pantai Eropah Utara dan boleh ditemui dari Scandinavia ke Portugal. Kesan keseluruhannya terhadap dinamik komuniti pantai berbatu adalah kecil memandangkan teritip ini hanya menggantikan beberapa individual spesies tempatan.
Di Amerika Syarikat Timur, siput periwinkle Littorina littorea telah dibawa masuk ke Newfoundland pada pertengahan abad ke-19 (Rajah 11.2). Semenjak itu, siput ini telah berkembang baik dan kehadirannya telah mengurangkan dan menggantikan siput asli seperti Ilyanassa obsoleta dan Littorina saxatilis.
Habitat bersedimen telah terjejas dengan kemasukan tumbuhan paya air masin Spartina alterniflora dari Amerika Syarikat ke Britain (Rajah 11.2). Spesies ini telah dibawa masuk untuk tujuan menstabilkan dan menebus guna kawasan selut. Malangnya, S. alterniflora membiak dengan tumbuhan asli S. maritima untuk menghasilkan hibrid tidak subur S. townsendii. Hibrid ini kemudiannya menghasilkan S. anglica yang subur melalui diploidi. S. anglica adalah tumbuhan agresif yang membesar dengan cepat. Tumbuhan ini sekarang menduduki secara meluas kawasan intertidal selut di Britain. Akibatnya, proses sesaran paya air masin ke vegetasi daratan telah dipercepatkan dan ini menghilangkan kawasan mencari makan burung-burung pantai.
Terusan Suez telah siap dibina pada tahun 1869. Terusan ini menyediakan satu laluan artifisial antara Laut Merah yang kaya dengan hidupan dengan Laut Mediterranean yang kekurangan hidupan. Banyak spesies hidupan Laut Merah telah menggunakan laluan ini untuk berhijrah ke Laut Mediterranean dan sekarang ini beberapa populasi spesies Laut Merah telah bertapak di Laut Mediterranean (Jadual 11.2)
Kebanjiran spesies baru masih berlaku. Satu kajian mendapati bahawa antara 150 hingga 200 invertebrat marin dari pelbagai tempat di seluruh dunia telah bertapak di pantai timur Amerika Syarikat. Untuk Teluk San Francisco sahaja, kebanyakan fauna invertebrat adalah invertebrat yang dibawa masuk.
Perubahan Zon Pantai
Zon pantai berdepan dengan pelbagai desakan. Di banyak tempat di dunia ini, kawasan pantai semakin mengecil disebabkan kegiatan pembangunan pantai yang sedang rancak dijalankan. Selain itu, zon ini juga menghadapi ancaman kenaikan aras laut. Ancaman ini merupakan ancaman paling besar yang terpaksa manusia hadapi. Aras laut semakin meningkat di banyak tempat di dunia dan pemanasan dunia akibat kesan rumah hijau akan mempercepatkan proses ini.
Pembangunan kawasan pantai meningkat sejajar dengan peningkatan populasi dunia. Manusia semakin terdesak untuk menggunakan kawasan muara untuk mendapatkan sumber tenaga memandangkan bahan api fosil semakin mahal. Kawasan lagun dan paya ditebus guna untuk memenuhi kehendak manusia yang bertambah ini. Kawasan pantai juga diluruskan untuk kegunaan manusia.
Pembangunan kawasan pantai sudah tentu meninggalkan kesan kepada persekitaran. Sebarang pembangunan kawasan pantai akan memendekkan kawasan pantai dan mengurangkan kawasan selut, suak dan paya air masin. Kegiatan pembangunan ini juga akan menghalang saling tukar bahan antara laut dan gumuk pasir. Pengeksportan rumpai laut ke gumuk pasir merupakan punca utama nutrien dan penstabil pasir yang mudah diterbang angin. Pembangunan juga akan meningkatkan kadar hakisan. Sedimen akan menjadi lebih tidak stabil manakala bahan organik akan berkurangan. Kekurangan bahan organik ini akan merendahkan produktiviti invertebrat yang memakan endapan. Produktiviti pantai pasti akan terjejas kerana kawasan pantai tidak lagi menjadi kawasan pembiakan ikan dan kawasan mencari makanan untuk burung. Keadaan menjadi lebih buruk dengan hilangnya kawasan berselut.
Kegiatan membina pelindung pantai selalunya turut melibatkan kegiatan meluruskan tepi laut. Salah satu kesan buruk daripada kegiatan ini ialah pengurangan kepelbagaian habitat. Lagipun, kegiatan ini akan merubah komposisi fauna dan flora di kawasan terbabit. Kesan ini akan diburukkan lagi sekiranya aras laut meningkat.
Peningkatan Aras Laut
Ancaman paling buruk yang dihadapi oleh kawasan tepi laut di seluruh dunia ialah peningkatan mendadak aras laut disebabkan oleh pemanasan dunia. Pemanasan iklim dunia boleh berlaku melalui pengumpulan terus menerus gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau di atmosfera. Gas-gas ini akan bertindak sebagai satu lapisan kaca di rumah hijau yang menghalang haba dari permukaan bumi kembali ke atmosfera. Gas yang paling utama ialah karbon dioksida. Kepekatan karbon dioksida telah meningkat secara konsisten semenjak zaman revolusi industri pada pertengahan abad ke-18. Semenjak 1720, aras karbon dioksida telah meningkat sebanyak 25%.
Gas-gas lain seperti metana, klorofluorokarbon (CFC), nitrous oksida dan ozon turut menyumbangkan kepada pemanasan dunia. Aras metana di atmosfera hanya 1.7 ppm, namun gas ini menyumbangkan 30% kesan rumah hijau (karbon dioksida pula menyumbangkan 50%).
Suhu dunia dijangka meningkat sebanyak 1-2% selewat-lewatnya pada tahun 2030. Peningkatan suhu ini akan meningkatkan aras laut beberapa centimeter ke beberapa meter sebelum akhir abad ke 21. Aras laut akan meningkat dengan empat cara iaitu melalui pengembangan haba, pencairan glasier, pemecahan lapisan ais di Greenland dan pemecahan kepingan ais di Antartika.
Peningkatan aras laut adalah berbeza dari satu kawasan dengan kawasan lain. Kawasan yang tenggelam seperti laut Mediterranean akan mengalami kesan yang lebih teruk jika dibandingkan dengan kawasan terangkat seperti Scandinavia.
Kemusnahan habitat,ekosistem dan biodiversiti : pelbagai spesies fauna dan flora diancam kepupusan dan kemusnahan akibat daripada pembalakan yang melampau. Apabila hutan dimusnahkan,fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan turut mengalami kemusnahan. Hidupan yang bergantung kepada tumbuh-tumbuhan seperti herbivor akan kehilangan sumber-sumber makanan. Contohnya ,gajah,rusa,monyet dan lain-lain. Kerosakan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga komponen biotik dan abiotik yang kelak menganggu keseimbangan ekologi setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila hutan-hutan dimusnahkan
Memusnahkan edaran nutrien tanah : selain itu, kesan akibat aktiviti pembalakan juga akan memusnahkan edaran nutrien dalam tanah. Dalam keadaan semula jadi edaran nutrien akan berlaku dengan lengkap dan sempurna di bawah pokok hutan. Namun begitu, jika berlaku penebangan hutan, rantaian dan nutrien tanah akan hilang dengan cepat kerana larian air permukaan bertambah dengan mendadak di kawasan hutan gondol. Proses fotosintesis juga akan turut terganggu yang sekaligus memusnahkan edaran nutrien.
Mengubah cuaca dunia atau pemanasan setempat: peningkatan suhu sekitar disebabkan ketiadaan pelindung yang menghalang pancaran matahari, dan lebihan gas karbon dioksida dalam atmosfera. Seterusnya akan mengurangkan hujan atau mengubah corak hujan yang lazimnya berlaku sehingga mewujudkan fenomena kemarau. Pengurangan kelembapan udara ekoran daripada fungsinya untuk membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi sudah hilang atau berkurangan. Udara sekitar menjadi kering dan cuaca menjadi panas. Hutan tidak lagi mampu berfungsi untuk menyederhanakan suhu dengan cara memerangkap bahangan matahari dan membebaskan wap-wap air menerusi proses perpeluhan.
Meningkatkan kadar hakisan: kesan pembalakan turut menyumbang kepada berlakunya hakisan tanah. Apabila hutan ditebang, akar-akar pokok tidak lagi mencengkam tanah di bawah permukaan bumi. Apabila tiada akar untuk mencengkam tanah, menyebabkan struktur tanah menjadi longgar. Apabila hujan turun, aliran air hujan akan menyebabkan struktur tanah menjadi lembut dan lincin. Tanah yang lembut dan lincin akan bergerak menuruni cerun-cerun bukit dan berlakulah tanah runtuh. Kejadian tanah runtuh bukan sahaja merosakkan ekosistem hutan, tetapi turut membahayakan nyawa manusia seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa.
Kesan keatas sistem hidrologi: pembalakan juga menyebabkan kitaran hidrologi menjadi tidak stabil. Pembalakan juga mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan seterusnya menurunkan paras air dalam tanah. Hal ini akan menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air kepada sungai,tasik,kolam dan paya. Pembalakan juga menyumbang kepada kadar larian air permukaan yang membawa banyak kelodak dan lumpur ke dalam sungai yang seterusnya menggalakkan kejadian banjir.
Kesan keatas sistem geomorfologi: penebangan hutan akan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa, hakisan, larian air permukaan, serta pelbagai jenis pergerakan jisim. Permukaan bumi yang kehilangan pelindung, daya pengikat, dan cengkaman tanah oleh akar-akar pokok menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit menjadi tidak stabil.
pencemaran lautan disebabkan tumpahan minyak, bahan buangan sisa(sewage), radioaktif, bahan lain spt. plastik, nitrat, sulfur, nitrogen
tumpahan minyak berlaku apabila kapal tangki tenggelam/berlanggar e.g. Kowloon Bridge di pantai barat Ireland, Exxon Valdez di Alaska 1989, kemalangan kapal Amogo Cadiz di perairan British 1978 (menyebabkan tumpahan 16 billion tong minyak), Showamaru, Cactus Queen, Tosamaru, Tolo Sea di Selat Melaka.
tumpahan apabila kapal mengepam air lautan ketika dalam pelayaran; ketika pembersihan kapal tangki Kebocoran ketika menyalurkan minyak ke dalam/dsiri kapal tangki/kapal; tumpahan minyak dpd. kilang penapis minyak pembocoran dari telaga minyak/foil-well leakages) contoh Perang Teluk menyebabkan ± 1400-1800 juta liter minyak ditumpahkan di Tk. Parsi;
pertukaran minyak kereta di bengkel kereta disalurkan ke dalam longkang, sungai akhirnya sampai ke laut; menghalang cahaya matahari menembusi masuk ke dalam air
pencemaran disebabkan bahan buangan sampan (sewage/kumbahan) spt. laut berhampiran Athens, Barcelona, Venice, Marseilles, NY, San Francisco, Sydney;
pembuangan sisa dari kawasan perumahan dan bandar meningkatkan bahan nitrogen dan fosforus dalam laut yang menyebabkan penyakit ikan; pembuangan sisa-sisa industri meninggikan bahan kimia beracun spt. DDT, raksa, kadmium dan plumbum
pencemaran disebabkan radioaktif spt. di L. Irish: ujian senjata nuclear menyebabkan pencemaran radioaktif dpd. atmosfera; pembuangan sisa-sisa radioaktif spt. di Am. Sy., UK, Belgiflm, Belanda, Switzerland;
pembuangan sisa-sisa dpd. kilang nuklear; pembuangan dpd. kapal bernuklear
pencemaran lain spt. bahan plastik yang tidak reput; sulfur dan nitrogen dpd. hujan asid