Saturday, July 31, 2010

Perlindungan Alam Sekitar:


CARA-CARA PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR
Terdapat tiga cara utama yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk melindungi kualiti alam sekitar. Cara yang dimaksudkan ialah :

A. PERUNDANGAN
Malaysia telah menggubalkan pelbagai undang-undang, peraturan dan akta untuk melindungi dan mencegah pencemaran alam sekitar.

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1984 (pindaan)

  • mula dikuatkuasa pada 1 April 1988.
  • Berkaitan dengan udara bersih, kelapa sawit, getah, gas kenderaan, kumbahan, efluen industri dan juga bahan-bahan buangan kilang.
  • Penguatkuasaan dibuat oleh Jabatan alam Sekitar.


Peraturan Kenderaan Bermotor ( Kawalan Pelepasan Asap, 1977 )

  • dikuatkuasa pada 15 Mac 1978.
  • asap ekzos tidak boleh melebihi 50 HSU (Hartridge Smoke Unit)
  • semua kenderaan bermotor perlu dipasang dengan alat-alat kawalan yang boleh memerangkap gas-gas berbahaya seperti karbon monoksida.


Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Minyak Kelapa Sawit, 1977 )

  • dikuatkuasa pada 1 Julai 1978.
  • berkaitan dengan beberapa parameter kualiti air seperti BOD, pepejal termendak, pH dan suhu.
  • perlaksanaan dibuat berperingkat-peringkat.


Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Getah Asli Mentah, 1978 )

  • dikuatkuasa pada 1 April 1979.
  • berkaitan parameter-parameter seperti peraturan Kualiti Alam Sekitar, Minyak Kelapa Sawit, 1977.


Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Udara Bersih, 1978 )

  • dikuatkuasa pada 1 Oktober 1978.
  • menghadkan jarak di antara industri yang mencemarkan dengan kawasan perumahan mestilah melebihi 1000 meter.


Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Kumbahan dan Efluen Perindustrian, 1979)

  • dikuatkuasa pada 1 Jun 1979.
  • Mewajibkan semua kilang, kawasan perumahan dan perniagaan menyediakan satu sistem kumbahan berpusat.


Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Bahan Buangan Berjadual, 1985 )

  • dikuatkuasa pada 1 Julai 1985.
  • mewajibkan semua kilang yang mengeluarkan bahan buangan kimia, biologi dan minyak berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar.
  • sisa-sisa mesti dibuang di tempat yang khas dan mesti dilengkapi dengan sistem kumbahan, loji rawatan, tempat pembakaran insinarator dan makmal.


Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Kawalan Kepekatan Plumbum dalam Gasolin Motor, 1985 )
  • dikuatkuasa pada 1 Julai 1985.
  • Mewajibkan semua pengilang dan pengimport petrol menurunkan kandungan plumbum dalam petrol daripada 0.84 g/l ke paras 0.4 g/l dan selanjutnya ke paras 0.15 g/l mulai 1 Januari 1990.

Akta Racun Perosak, 1974
  • dilaksana di bawah Kementerian Pertanian, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar.
  • Akta Kilang dan Jentera 1967, 1963 ( disemak semula )
  • seseorang pekerja tidak boleh didedahkan kepada bunyi melebihi 95 dB selama empat jam secara berterusan.

Akta Perhutanan Negara, 1984
  • bertujuan melindungi dan memelihara hutan serta hidupan di dalamnya.
  • Deklarasi Langkawi telah ditandatangani oleh negara-negara Komenwel pada Oktober 1989. Deklarasi ini bertujuan mewujudkan satu set undang-undang dan akta-akta antarabangsa untuk mengatasi masalah pencemaran.

B. PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencernaran alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut.

Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.
Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana.

Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.
Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar.
Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.

C. PENDIDIKAN
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.
Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.
Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Antara persatuan-persatuan yang aktif ialah :

CARA MENGATASI PENCEMARAN UDARA.
1.     KITAR SEMULA.

Pencemaran jika tidak diambil tindakan secepat mungkin akan membawa kesan buruk kepada kita contohnya seperti ozon kita yang semakin nipis akibat penggunaan CFC dan pembebasan gas-gas merbahaya daripada kenderaan dan kilang. Ozon penting bagi kita kerana ia menghalang sinar ultra ungu dari matahri masuk ke atmosfera Bumi. Sinaran ultra ungu ini boleh menyebabakan kanser kulit kepada orang yang selalu berada di bawah matahari.
Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti kertas bekas kaca atau plastik, tin aluminium, kertas dan cebisan kayu. Kitar semula juga bermaksud proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana ia dapat mengurangkan tahap pencemaran. Selain itu, kitar semula juga dapat mengurangkan pembakaran sampah sarap.
Dengan itu, contoh-contoh yang telah atau boleh diambil untuk mengatasi pencemaran udara adalah 1) mengitar semula 2) undang-undang ( kerajaan ) 3) pendidikan 4) teknologi dan sebagainya.Peranan Kerajaan Dan Badan Swasta.
Kerajaan juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah pencemaran ini.
Langkah yang diambil:
  • Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan Perlepasan Asap, 1977) -asap ekzos kenderaan mestilah tidak melebihi 50HSU (Haltridge Smoke Unit) -semua kenderaan bermotor harus dipasang dengan alat-alat kawalan yang boleh memerangkap gas-gas yang berbahaya.
  • Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih, 1978)-Peraturan ini menghadkan jarak antara industri yang mencemarkan dengan kawasan kediaman mestilah melebihi 1000 meter.
  • Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Kawalan Kepekatan Plumbum Dalam Gasolin Motor, 1985)-peraturan ini mewajibkan para pengilang dan pengimport/ pengeksport petrol menurunkan kandungan plumbum dalam petrol daripada 0.84 g/l ke paras 0.4 g/l dan selanjutnya ke paras 0.15 g/l.
  • Negara kita dan beberapa negara lain telah menandatangani perjanjian Protokol Montreal. Melalui perjanjian ini, negara-negara yang terlibat berjanji akan mengurangkan pengeluaran CFC menjelang akhir kurun.
  • Adakan program pemuliharaan dan pemeliharaan hutan terutamanya hutan yang telah ditebang dengan menanam semula pokok-pokok.
  • Adakan kempen untuk menggalakkan penggunaan barang yang tidak mempunyai bahan CFC.
  • Penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti kumpulan percinta dan "GREENPEACE" dan "FRIENDS OF THE EARTH (FOE)"
  • boleh beri kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya pencemaran dan menggalakkan orang lain agar melindungi lapisan ozon.
  • NGO di Malaysia ialah SAM (Sahabat Alam Malaysia), MNS (Malayan Nature Society), dan EPSM (Environmental Protection Society Malaysia).
  • Adakan forum mengenai masalah alam sekitar.
  • Mengawal keluaran asap dari kenderaan dengan mengharamkan penggunaan petrol berplumbum dan adakan penilaian asap kenderaan ("smog check station") untuk memastikan asap yang dikeluarkan tidak berlebihan dan berbahaya.
  • Haramkan CFC.
Daripada industri mengurangkan plumbum di dalam petrol daripada 0.4 gram perliter kepada 0.15 gram perliter serentak dengan pengenalan petrol tanpa plumbum pada 1990.

1. Memperkenalkan Peraturan-peraturan.
Selain itu, Jabatan Alam Sekitar telah menggubal beberapa peraturan untuk meningkatkan kualiti udara seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Peraturan-peraturan itu ialah Peraturan Kualiti Alam Sekitar 1978 (Udara Bersih), Peraturan Pelepasan Gas dan Bunyi, Kenderaan Bermotor serta Peraturan Pencemaran Bunyi 1987. 

Dengan penggubalan undang-undang ini adalah diharapkan semua pihak memberi kerjasama supaya kualiti udara dapat ditingkatkan. Pihak terbabit tidak perlu menunggu tindakan daripada pihak Jabatan Alam Sekitar untuk bertindak.

2. Penggunaan Petrol tanpa Plumbum.
Penggunaan petrol berplumbum telah menyumbang peratusan pencemaran udara yang tinggi. Petrol berplumbum berupaya menghasilkan karbon monoksida yang membahayakan kualiti udara kerana mengandungi kadar plumbum yang tinggi. Untuk mengatasi masalah ini penggunaan petrol tanpa plumbum diperkenalkan. Pengurangan kepekatan plumbum ekoran daripada industri mengurangkan plumbum di dalam petrol daripada 0.4 gram per liter kepada 0.15 gram per liter serentak dengan pengenalan petrol tanpa plumbum pada 1990.

3.     Kaedah pelupusan sampah.
Kaedah pelupusan sampah oleh pihak-pihak tertentu hendaklah dikaji semula supaya tidak berlaku pembakaran secara terbuka. Sesetengah pihak berkuasa telah menggunakan sistem menimbus sisa bandaran seperti menimbus kawasan bekas lombong. Cara ini mengelakkan pembakaran.

4. Alat telekesan Bumi.
Pencemaran udara yang dialami negara telah memaksa pihak terbabit mendapatkan peralatan yang dikenali sebagai "Telekesan Bumi". Alat ini berupaya mengesan bencana alam seperti kebakaran, pencemaran alam sekitar dan gegasan udara dengan lebih awal. Dari segi kos, alat ini jauh lebih murah daripada penggunaan deria foto laser yang digunakan negara masa kini. Dengan adanya alat Telekesan Bumi diharapkan pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangani masalah ini.

5. Topeng khas.
Pencemaran udara yang berlaku pada akhir tahun 1994 akibat jerebu terutamanya di sekitar Lembah Klang menunjukkan tahap kualiti udara negara bertambah serius. Pencemaran bukan sahaja akibat pelepasan asap tetapi juga akibat daripada pembakaran hutan yang berleluasa. Akibatnya, pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal kerap terdedah kepada pencemaran. Topeng khas amat diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Topeng yang diperbuat daripada kertas berupaya menangkis habuk dan asap yang terampai di udara. Dengan cara ini, setiap pengguna jalan raya atau masyarakat umum dapat mengatasi pencemaran udara dengan kos yang murah dan berkesan.

Pendidikan.
Melalui pendidikan, pelajar-pelajar dapat dididik mengenai pencemaran sejak awal lagi supaya memperoleh masyarakat yang berguna dan yang sayang kepada alam sekitar. Pendidikan mengenai alam sekitar biasanya dididik melalui:
  • media massa contohnya radio, televisyen, majalah dan suratkhabar.
  • mata pelajaran Sains, Biologi dan sebagainya - pencemaran dan masalah alam sekitar dimasukkan ke dalam buku-buku teks dan dijadikan salah satu daripada sudatan pelajaran pelajar-pelajar.
  • ceramah yang diberi oleh Kementerian Alam Sekitar atau sesiapa sahaja kepada orang ramai.

Kewajipan Teknologi.
Dengan perjumpaan teknologi-teknologi yang terbaru, ini juga boleh membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dengan:
  • menggunakan semula CFC dari peti sejuk lama dan gunakan untuk peti sejuk baru.
  • gantikan penggunaan CFC dengan bahan lain yang tidak merbahaya kepada alam sekitar.
  • mereka alat yang dapat menapis gas dan asap yang dibebaskan oleh kilang-kilang dan kenderaan dan mencegah pembebasan plumbum dan sebatian-sebatian lain yang merbahaya.
  • "Scrubber" - penapis asap kilang dengan menyembur air dan "limestone"(batu kapur) pada asap. Ini bertindak balas dangan sulfur dioksida dengan mengeluarkannya sebelum asap dibebaskan. Proses ini dapat kurangan sulfur dioksida sampai 90%.
  • mencipta enjin baru yang kurang membebaskan bahan pencemar. Pembakaran dalam "lean-burn" adalah lebih baik dan berkesan. Pengubah mangkin dipasang pada ekzos kenderaan untuk menapis asap dari kenderaan.

1 comment:

  1. Hai, nama saya adalah Mr victor. Saya pribadi
    pemberi pinjaman yang memberikan
    pinjaman kepada individu swasta dan perusahaan. Apakah kamu
    telah ditolak
    oleh begitu banyak bank? Apakah Anda butuh keuangan?
    membangun bisnis Anda? Melakukan
    Anda butuh keuangan untuk perluasan bisnis Anda
    bisnis? Atau apakah kamu butuh a
    pinjaman pribadi Pinjaman saya berkisar dari pribadi ke
    pinjaman usaha Saya
    Suku bunga sangat terjangkau serendah 2% dan pinjaman kita
    Prosesnya sangat cepat
    baik. Saya sangat bersedia untuk membuat semua keuangan Anda
    masalah hal
    masa lalu. Jika Anda benar-benar siap untuk mendapatkan
    masalah keuangan
    dipecahkan, Lalu cari tidak lebih jauh dan mengajukan pinjaman
    hari ini.

    Jika anda tertarik Balas Email: financialchoice3@gmail.com
    dan apa sapp +2348029085063 untuk info lebih lanjut
    TERIMA KASIH
    MR VICTOR DONARD

    ReplyDelete