Post info


Comments 21


Author: Geografi STPM .............



Peningkatan Suhu

Peningkatan suhu akan menyebabkan perubahan iklim yang memberi kesan langsung terhadap kegiatan pertanian. Kegiatan pertanian banyak bergantung kepada keadaan cuaca, perubahan musim dan bekalan air yang semuanya berkaitan dengan iklim. Oleh itu, hasil-hasil pertanian seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya akan merosot kerana tidak dapat tumbuh dengan keadaan yang baik dalam suhu sekeliling yang tinggi (Kartasapoetra, 1986).

Tambahan pula, peningkatan suhu akan menyebabkan peningkatan suhu lautan di mana aras laut ditingkatkan dengan ketara. Peningkatan aras laut tersebut akan menyebabkan peningkatan masalah banjir, kerosakan struktur pantai menerusi hakisan, kemusnahan kawasan berpaya, kemasukan air masin ke dalam sistem bekalan air minuman di kawasan pantai dan sebagainya (Graves, 1996).

Selain itu, peningkatan suhu juga akan menjejaskan kesihatan manusia terutamanya penduduk bandar. Contohnya, kemungkinan besar seseorang akan mengalami tekanan jantung jika tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan suhu sekeliling terumanya golongan tua mempunyai risiko yang lebih tinggi. Penyakit-penyakit seperti batuk, selsema dan lain-lain lagi juga mudah tersebar di dalam keadaan suhu sekeliling yang tinggi. Di samping itu, seseorang akan tidak bersemangat dan mudah letih jika suhu sekeliling adalah tinggi (Jager, 1983).

Secara amnya, masalah peningkatan suhu adalah berkaitan rapat dengan aktiviti-aktiviti manusia seperti berikut:

Aktiviti perindustrian
Aktiviti perindustrian di Malaysia telah berkembang dengan pesatnya dan berjaya menukarkan corak ekonomi dari sektor pertanian kepada sektor perindustrian.

Pelbagai jenis perindustrian telah muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan pada berpuluh-puluhan tahun ini. Contohnya, industri yang berasaskan kayu, pemprosesan kelapa sawit, industri tekstil dan sebagainya. Industri-industri tersebut merupakan industri yang penting kerana telah banyak menyumbang tenaga terhadap pembangunan negara.

Tetapi yang menyedihkan adalah industri-industri tersebut juga telah membebaskan pelbagai gas-gas tercemar seperti karbon dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon reaktif dan lain-lain lagi yang merupakan punca utama peningkatan suhu. Selain itu, terdapat banyak juga industri yang terlibat dalam pelupusan dan pembakaran bahan-bahan buangan pepejal dan sampah-sarap yang menyebabkan keadaan suhu sekeliling bertambah buruk.

Aktiviti pengangkutan.
Secara umumnya, kemudahan sistem pengangkutan adalah canggih pada sesuatu negara maju. Dengan ini, negara tersebut bercenderung untuk melepaskan bahan-bahan tercemar seperti karbon dioksida, karbon monoksida yang lebih banyak melalui alat-alat pengangkutan yang begitu banyak.

Laporan tahunan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tahun 1996, menunjukkan bahawa kenderaan bermotor melepaskan 2.4 juta tan karbon monoksida, 458 ribu tan hidrokarbon, 146 ribu tan nitrogen oksida dan 19,000 tan zarah ke udara setiap tahun. Selain itu, bilangan pendaftaran kenderaan bermotor di Malaysia pada 1996 adalah lebih kurang tujuh juta di mana hampir 82 peratus daripada pencemaran disebabkan oleh kenderaan bermotor.


Aktiviti pembasmian hutan
Pokok memainkan peranan yang penting kepada kehidupan kita kerana memberi khidmat yang tidak ternilai kepada manusia dalam bentuk mengawal iklim, kawasan tadahan air dan sebagainya. Aktiviti penebangan hutan menyebabkan pelepasan antara lima hingga sepuluh bilion tan metrik karbon dioksida ke atmosfera setiap tahun di mana tiga hingga enam bilion tan metrik adalah dari hutan hujan tropika (Kandel, 1990).

Selain itu, pembasmian hutan juga menyebabkan tanah terdedah kepada pancaran matahari, pengurangan proses fotosintesis yang menyebabkan kandungan udara tidak seimbang dan proses sejat peluhan terganggu. Kesemua ini akan meyebabkan peningkatan suhu. Secara keseluruhannya, hampir separuh daripada kesan peningkatan suhu global adalah akibat daripada pemusnahan tumbuhan hijau itu.


Aktiviti pengeluaran haba
Manusia berupaya mengeluarkan haba antara 100 hingga 300 watt yang bergantung kepada aktiviti hariannya. Contohnya, seseorang boleh mengeluarkan haba yang sebanyak 100 watt semasa berahat manakala haba yang sebanyak 300 watt akan dikeluarkan semasa bekerja. Jika populasi manusia adalah tinggi, maka suhu sekeliling juga akan bertambah tinggi (Jager, 1983).

Selain itu, isu pembakaran terbuka yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti manusia juga bertambah serius pada beberapa tahun ini. Terdapat banyak jenis gas-gas tercemar akan dilepaskan daripada pembakaran dan ini akan menyumbang kepada masalah peningkatan suhu.

Setelah lebih seabad trend pemanasan global dibahaskan, ternyatanya bukan mudah untuk mengatasi masalah ini yang kian mengancam semua bentuk kehidupan pada muka bumi, terutamanya manusia. Walaupun hanya menarik dan menghempus nafas, kita telah pun menyumbang sedikit perubahan kepada suhu alam sekitar.

21 comments:


  1. tolong bagi penjelasan yg jelas...

  1. tolong bagi penjelasan yg jelas...

  1. tolong bagi penjelasan yg jelas.....harap maklum

  1. tolong bagi penjelasan yg jelas.....harap maklum

  1. tolong bagi penjelasan yg jelas.....harap maklum

  1. tak faham lansung


  1. Anonymous

    tak faham langsung.....


  1. Anonymous

    tak faham langsung.....

  1. This comment has been removed by the author.
  1. tulisan tak nampak...dan saya tk faham langsung.

  1. Saya nmpak je tulisan..😄 Kpd yg tak nmpak tu, sila zoom in laa.. Kpd yg tak faham lgsung tu, sila blajar smula yg asas2 tu... 😌

  1. serius tak Nampak apa apa

  1. Kurang Faham lah

  1. Your hand phone was gone

  1. kalau nak buat blog tu biar faham

  1. Ok tq kerana sudi berkongsi ilmu

  1. 😂

  1. Rasanya pembasmian tu kurang sesuai digunakan, sila gunakan perkataan yang mudah difahami, hehehhe

Post a Comment

Powered by Blogger.