Post info


Comments 26


Author: Geografi STPM .............




KESAN PEMBALAKAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL

Isi:-

  • Kemusnahan habitat,ekosistem dan biodiversiti
  • Memusnahkan edaran nutrien tanah
  • Mengubah cuaca dunia atau pemanasan setempat
  • Meningkatkan kadar hakisan
  • Kesan keatas system hidrologi
  • Kesan keatas sistem geomorfologi


Huraian:-


  • Kemusnahan habitat,ekosistem dan biodiversiti : pelbagai spesies fauna dan flora diancam kepupusan dan kemusnahan akibat daripada pembalakan yang melampau. Apabila hutan dimusnahkan,fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan turut mengalami kemusnahan. Hidupan yang bergantung kepada tumbuh-tumbuhan seperti herbivor akan kehilangan sumber-sumber makanan. Contohnya ,gajah,rusa,monyet dan lain-lain. Kerosakan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga komponen biotik dan abiotik yang kelak menganggu keseimbangan ekologi setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila hutan-hutan dimusnahkan

  • Memusnahkan edaran nutrien tanah : selain itu, kesan akibat aktiviti pembalakan juga akan memusnahkan edaran nutrien dalam tanah. Dalam keadaan semula jadi edaran nutrien akan berlaku dengan lengkap dan sempurna di bawah pokok hutan. Namun begitu, jika berlaku penebangan hutan, rantaian dan nutrien tanah akan hilang dengan cepat kerana larian air permukaan bertambah dengan mendadak di kawasan hutan gondol. Proses fotosintesis juga akan turut terganggu yang sekaligus memusnahkan edaran nutrien. 

  • Mengubah cuaca dunia atau pemanasan setempat: peningkatan suhu sekitar disebabkan ketiadaan pelindung yang menghalang pancaran matahari, dan lebihan gas karbon dioksida dalam atmosfera. Seterusnya akan mengurangkan hujan atau mengubah corak hujan yang lazimnya berlaku sehingga mewujudkan fenomena kemarau. Pengurangan kelembapan udara ekoran daripada fungsinya untuk membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi sudah hilang atau berkurangan. Udara sekitar menjadi kering dan cuaca menjadi panas. Hutan tidak lagi mampu berfungsi untuk menyederhanakan suhu dengan cara memerangkap bahangan matahari dan membebaskan wap-wap air menerusi proses perpeluhan.

  • Meningkatkan kadar hakisan: kesan pembalakan turut menyumbang kepada berlakunya hakisan tanah. Apabila hutan ditebang, akar-akar pokok tidak lagi mencengkam tanah di bawah permukaan bumi. Apabila tiada akar untuk mencengkam tanah, menyebabkan struktur tanah menjadi longgar. Apabila hujan turun, aliran air hujan akan menyebabkan struktur tanah menjadi lembut dan lincin. Tanah yang lembut dan lincin akan bergerak menuruni cerun-cerun bukit dan berlakulah tanah runtuh. Kejadian tanah runtuh bukan sahaja merosakkan ekosistem hutan, tetapi turut membahayakan nyawa manusia seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa. 


  • Kesan keatas sistem hidrologi: pembalakan juga menyebabkan kitaran hidrologi menjadi tidak stabil. Pembalakan juga mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan seterusnya menurunkan paras air dalam tanah. Hal ini akan menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air kepada sungai,tasik,kolam dan paya. Pembalakan juga menyumbang kepada kadar larian air permukaan yang membawa banyak kelodak dan lumpur ke dalam sungai yang seterusnya menggalakkan kejadian banjir.

  • Kesan keatas sistem geomorfologi: penebangan hutan akan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa, hakisan, larian air permukaan, serta pelbagai jenis pergerakan jisim. Permukaan bumi yang kehilangan pelindung, daya pengikat, dan cengkaman tanah oleh akar-akar pokok menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit menjadi tidak stabil.
 



~NIEDA 6AK~
~2010~

26 comments:


  1. tenkiu for the info, really help my assignment! =))

  1. rujukan???

  1. thanks

  1. Thanks very much

  1. Thanks for the info, worked well with my folio!

  1. PBS ! THANKS !

  1. Maklumat nhe blh tak ltk dkt dlm kegiatan manusia terhadap alam sekitar terutamanya pertanian , pembalakan dan petempatan

  1. Sangat berguna. Hope boleh dijadikan teladan agar alam Lestari Malaysia dapat deselamatkan :')

  1. pbs insyaAllah bley siap.. thanks!!!

  1. THANK GOD i have completed my pbs

  1. Jazakallah ..!!! Akhirnya siap gak folio PBS nie !!!

  1. Ok mekaseh mekaseh hahakk :)

  1. PBS pun siap~~ Haha

  1. gud !


  1. Anonymous

    pt3 belum siap lagi......


  1. Anonymous

    pt3 belum siap lagi......


  1. Kk

    Really helpful... Tq admin


  1. Kk

    Really helpful... Tq admin


  1. Kk

    Really helpful... Tq admin

  1. thankyou admin. :)

  1. markah bio final

  1. Thank you admin... really useful information ... :)

  1. Thanks,, sangat2 membantu.

  1. Aki Kanjeng itu siapa? Atuk kamukah?

  1. Thanks

  1. this is very helpful ... but there are a few shortcomings for me ... for everyone I don't know ...

Post a Comment

Powered by Blogger.