Saturday, July 31, 2010

Komponen Alam Sekitar


KOMPONEN ALAM SEKITAR DAN SUMBER ALAM

Alam sekitar fizikal terdiri daripada empat komponen penting iaitu biosfera,litosfera,hidrosfera, dan atmosfera. Keempat-empat komponen alam ini berfungsi sebagai sumber alam yang amat berguna kepada manusia. Manusia amat bergantung kepada  komponen alam sekitar daripada sumber-sumber tersebut bagi menjamin kelansungan hidup.

Komponen biosfera atau system ekologi dihuni oleh hidupan termasuklah manusia, tumbuh-tumbuhan, dan haiwan. Contohnya tumbuh-tumbuhan sebagai pengeluar makanan bagi haiwan dan manusia seperti kangkung, bayam, sawi, ulam-ulaman dan pelbagai tumbuhan hijau yang lain. Tumbuhan yang terdapat dalam komponen ini juga membekalkan pelbagai sumber hutan kepada manusia khususnya dalam sektor pembalakan. Antara pokok kayu keras yang terdapat dalam sistem ekologi ini ialah cengal, jati, meranti, balau, merbau, dan sebagainya. Di Negara Malaysia contohnya, aktiviti pembalakan giat dijalankan bagi tujuan mengeksport sumber kayu atau hasil barangan perabot seperti meja, almari dan sebagai nya ke Negara-negara jiran seperti Taiwan, China, Thailand, dan Jepun.

Selain itu,tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam sistem ekologi ini juga penting bagi membekalkan gas oksigen yang amat penting untuk semua hidupan meneruskan kelansungan hidup. Tumbuh-timbuhan membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis. Semasa proses fotosintesis dijalankan, tumbuh-tumbuhan akan membebaskan gas oksigen ke udara dan menyerap gas karbon dioksida dalam udara. Melalui proses ini, kandungan gas karbon dioksida salam udara dapat dikurangkan di samping menyerdahanakan suhu bumi agar bumi tidak berada dalam keadaan panas melampau.

Haiwan-haiwan yang terdapat di system ekologi ini pula terdiri daripada haiwan pemangsa seperti harimau,singa, helang, dan ular; serta haiwan yang menjadi mangsa kepada haiwan pemangsa seperti tikus, belalang, arnab, kancil, rusa, dan sebagainya. Haiwan-haiwan yang terdapat dalam sistem ekologi ini juga penting dalam membekalkan makanan kepada manusia  khisusnya sumber protein, iaitu daging. Antara haiwan yang banyak membekalkan protein kepada manusia ialah lembu, kerbau, unta, rusa, kijang dan sebagainya. Sumber protein ini penting kepada manusia terutamanya dalam proses tumbesaran.

Selain penting sebagai penyedia makanan, komponen biosfera ini juga penting dalam menyediakan  habitat kepada seluruh hidupan.Komponen sistem ekologi atau biosfera biasanya dipecahkan kepada ekosistem-ekosistem yang berantai antara satu sama lain seperti ekosistem muara, ekosistem akuatik, ekosistem hutan, dan sebagainya. Selain itu, komponen biosfera ini juga banyak membekalkan sumber ubat-ubatan terutamanya ubatan tradisional atau herba seperti tongkat ali, kacip Fatimah, hempedu bumi, jarum mas dan sebagainya. Ubatan-ubatan tradisional yang terdapat dalam sistem ekologi ini penting bagi menjamin kesihatan manusia. Di samping itu juga,sumber ubatan ini juga turut dikomersialkan melalui kajian dan penciptaan ubat-ubatan yang lebih mudah digunakan. Selain itu juga,ubat-ubat yang dihasilkan ini dapat meningkatkan sumber pendapatan Negara melalui aktiviti mengeksport hasil keluaran ubatan tradisional ke Negara-negara luar seperti Taiwan, Indonesia, Thailand dan Negara-negara yang lain.

Disamping itu juga, komponen biosfera ini juga penting sebagai tempat simpanan air atau kawasan tadahan. Hal ini kerana dalam sistem ekologi.ini terdapat pelbagai jenis hutan yang membekalkan pelbagai jenis tumbuhan yang berfungsi sebagai pencengkam tanah. Di kawasan hutan khatuistiwa seperti Malaysia contohnya,tumbuhan yang terdapat di hutan Negara ini amat penting dalam menyediakan kawasan tadahan air.hujan yang turun tidak akan terus ke permukaan bumi sebaliknya akan dihalang oleh tumbuh-tumbuhan yang terdapat di permukaan bumi. Air hujan ini akan jatuh ke permukan daun lalu terus melalui aliran batang sebelum sampai ke permukaan bumi. Sebahagian air hujan ini akan melalui aliran aiar permukaan dan sebahagian lagi akan diserap ke permukaan bumi. Air yang telah diserap dan yang melalui larian permukaan akan mengalir ke badan-badan air seperti sungai, tasik, kolam, dan laut. Di kawasan hutan, tumbuhan bertindak sebagai penyerap air yang bertindak seperti ‘span’. Ini menyebabkan kawasan hutan sesuai untuk dijadikan kawasan tadahan hujan dan pembinaan empangan. Antara empangan yang terdapat di Negara ini ialah empangan Kenyir di Perak.

Komponen litosfera atau sitem geomorfologi pula merujuk kepada lapisan luar bumi yang sangat pejal dan membentuk kawasan daratan iaitu benua dan pulau serta dasar lautan. Kawasan daratan meliputi 29.2% daripada keseluruhan permukaan bumi, manakala selebihnya adalah dasar lautan. Ketebalan litosfera berbeza iaitu kurang daripada 5km di bahagian dasar laut dan lebih daripada 50km di bahagian daratan.

Komposisi utama litosfera ialah batuan dan mineral atau galian. Batuan tardiri daripada pekbagai jenis seperti batuan ignias, enapan, dan metamorfosis. Batuan ini menjadi sumber kepada sektor perlombongan dan pembinaan. Terdapat pelbagai jenis batuan yang berguna dalam sektor pembinaan. Antaranya ialah granit, batu kapur, batu pasir, marmar,dan slat yang boleh digunakan sebagai bahan binaan. Granit digunakan untuk membina jalan raya, membuat batu penggiling, dan batu asah. Batu kapur pula digunakan sebagai baja, untuk membina jalan raya, membuat gelas dan simen.  Batu kapur, pasir, lumpur, kaopur, dan tanah liat yang terdapat dalam system geomorfologi juga penting sebagai bahan mentah untuk membuat simen. Pasir pula digunakan di dalam relau bagas untuk membuat gelas manakala tanah liat digunakan untuk membuat periuk belanga.

Selain itu batuan yang terdapat dalam system litosfera juga banyak membekalkan pelbagai jenis garam yang penting dalamkegiatan perindustrian. Garam ini biasanya terdapat dalam timbunan yang banyak. Contihnya pemendapan fosfat yang banyak di Maghribi dan Tunisia. Kalium karbonat atau potash terdapat di Sttassfort dan nitrat di Gurun Atakama. Garam juga terdapat di Tasik Garam Besar di Amerika Syarikat dan di pantai Laut Mati. Batuan juga kaya dengan kandungan logam. Logam terutamanya bijih timah penting kepada manusia terutamanya dalam sektor perlombongan. Perlombongan bijih timah dijalankan di kawasan yang mempunyai logam yang banyak, mudah didapati dfan murah. Contohnya di Afrika selatan, Perisai Kanada dan daerah Katanga di Congo. Selain itu, dalam system geomorfologi juga penting kepada manusia dfalam penghasilan batu permata. Antara jenis-jenis batu permata ialah intan, garnet, delima, nilam dan zircon yang digunakan untuk menghasilkan barang kemas dan perhiasan.

Selain itu, litosfera juga mempunyai sumber tanih yang subur untuk menjalankan aktiviti pertanian. Misalnya tanah laterit, yang sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit seperti di kawasan segi tiga jengka di Pahang,tanih alluvium untuk tanamn padi sawah seperti di Delta Kedah,Kelantan dan Perlis, tanah gambut untuk tanaman nanas seperti di Johor dan tanah  chernozem untuk tanaman gandum. Jenis-jenis tanih ini memiliki zat-zat mineral yang berbeza dan ditanam dengan tanaman yang berbeza.

Komponen yang ketiga ialah komponen hidrosfera. Komponen hidrosfera atau sistem hidrologi meliputi tasik, laut, paya, kolam, dan sungai. Kira-kira 70.8% daripada keseluruhan muka bumi terdiri daripada komponen hidrosfera. Manakala selebihnya adalah permukaan daratan muka bumi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 97.2% merupakan air masin atau lautan manakala 2.8% lagi adalah air tawar.

Lautan merupakan komponen terpenting dalam system hidrologi. Terdapat lima lautan utama dunia iaitu Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi, Lautan Antartik, dan Lautan Artik. Antara lautan tersebut, Lautan Pasifik adalah lautan yang terbesar. Lautan amat penting kepada hidupan. Antaranya adalah sebagai sumber air hujan, menyederhanakan suhu sekitar, membekalkan sumber protein, dan sumber mineral. Antara sumber protein yang dibekalkan ialah ikan, udang, ketam dan sebagainya. Air laut juga kaya dengan beberapa jenis sumber mineral. Antaranya ialah natrium, magnesium, kalsium, dan lain-lain. Mineral-mineral ini menyebabkan air laut menjadi masin serta sesuai dengan hidupan air masin seperti ikan bawal, sotong, ikan cencaru dan sebagainya. Mineral-mineral ini juga membekalkan sumber garam untik kegunaan manusia. Antara garam-garam yang menjadi kegunaan manusia ialah klorin (55%),natrium (30.6%), dan magnesium (3.7%).


Komponen air tawar pula membentuk 2% daripada seluruh hidrosfera. Komponen ini terdiri daripada air sungai, tasik, kolam, paya dan sebagainya. Walaupun peratus komponennya sedikit namun air tawar penting untuk hidupan  meneruskan kelansungan hidup. Air juga penting kepada manusia untuk kegunaan domestik atau keperluan harian penduduk dan isi rumah seperti memasak, membasuh, mandi, dan sebagainya. Kegunaan ini diuruskan  oleh jabatan bekalan air (JBA) di negeri masing-masing. Sesetengah negeri telah menswastakan pengurusan dan bekalan airnya seperti PUAS di Selangor dan Air Kelantan Sdn. Bhd. Di Kelantan.

Selain itu juga air penting dalam kehidupan manusia untuk kegiatan pertanian. Empangan dibina untuk membekalkan air dan mengawal input-ouput air kepada kawasan pertanian khususnya padi sawah. Ini membolehkan Negara seperti Malaysia mengeluarkan hasil tanaman seperti beras dalam kuantiti yang tinggi. Aktiviti penanaman padi juga boleh dijalankan sepamjang tahun tanpa mengambil kira faktor musim seperti kemarau kerana dapat dibekalkan sepanjang tahun. Antara empangan yang dibina ialah empangan MUDA di Kedah dan empangan KEMUBU di Kelantan.

Air juga penting kepada manusia untuk membekalkan kuasa hidroelektrik. Tenaga hidroelektrik digunakan oleh manusia untuk keperluan industri dan penduduk. Sumber ini juga merupakan sumber alternatif yang penting kerana sumber kuasa ini murah, bersih, dan berterusan. Tenaga ini juga boleh diperbaharui. Kebiasaannya kawasan sungai yang dibina empangan untuk janakuasa hidro ialah kawasan hulu sungai. Antara empangan yang terdapat di Negara ini ialah stesen janakuasa  di empangan Kenyir Terengganu, empangan Cenderoh di Perak, empangan Bakun di Sarawak dan empangan Pergau di Kelantan.

Komponen atmosfera atau system atmosfera pula merupakan lapisan udara yang terdapat di sekeliling bumi. Ketebalan atmosfera di anggarkan melebihi 1000km. sumber utama dalam atmosfera ialah udara atau lebih tepet lagui sebagai gas. Terdapat beberapa jenis gas dalam atmosfera dan 75% daripadanya terletak di lapisan paling bawah atmosfera, iaitu antara 16km hingga 20km dari permukaan bumi. Selain daripada gas, udara juga terdiri daripada wap air, asap, dan partikel terampai seperti debu, habuk, jelaga, dan lain-lain. Komposisi gas yang terdapat di atmosfera ialah gas nitrogen (78%), oksigen (20.95%), argon (0.93%), karbon dioksida (0.03%), dan selebihnya adalah     gas-gas seperti neon, helium, krypton, dan xenon.

Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan iaitu troposfera, stratosfera, mesosfera, termosfera, ionosfera, dan eksosfera. Lapisan-lapisan ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Misalnya lapisan troposfera penting untuk menampung  kehidupan manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan. Lapisan ini menjadi ruang kepada peredaran gas-gas di udara khususnya gas oksigen dan karbon dioksida. Lapisan ini turut menjadi tempat berlansungnya pelbagai fenomena iklim serta cuaca, contohnya hujan. Lapisan ini juga bertindak sebagai penebat kepada bahangan matahari dan bahangan bumi. Lapisan ini menyerap bahangan daripada permukaan bumi dan matahari untuk membolehkan suhu bumi sentiasa stabil dan menghalang kehilangan haba dari permukaan bumi.

Lapisan strastosfera atau ozonsfera pula menganjur kira-kira 50 km dari permukaan bumi. Lapisan ini tidak berawan, kering, dan lebih stabil. Lapisan ini terdiri daripada gas ozon yang berfungsi menyerap sinaran lembayung matahari. Penyerapan ini membolehkan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan haiwan bebas daripada radiasi berlebihan sinaran tersebut yang boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif seperti kanser kulit. Stratosfera juga menjadi ruang laluan kapal terbang supersonic.

4 comments: