Post info


Comments 0


Author: Geografi STPM .............


SISTEM BUMI

SOALAN 1997:
1.
Mengapakah bumi hanya menerima sebahagian kecil sahaja (0.2 x 10-9) daripada seluruh tenaga matahari dan jumlahnya berubah-ubah mengikut masa.
[10 m]



2.
Mengapakah jumlah bahangan matahari yang diterima berbeza-beza mengikut bahagian dunia.
[10 m]



3.
Bagaimanakah tenaga matahari mempengaruhi kegiatan pertanian di kawasan tropika lembap.
[10 m]




SOALAN 1998:

1.
Mengapakah sesetengah tempat mengalami musim sejuk dan musim panas sementara tempat-tempat lain tidak?
[12 m]



2.
Jelaskan peranan tenaga suria terhadap kehidupan manusia.
[13 m]




SOALAN 1999:

1.
Bagaimanakah tenaga haba dipindahkan dari matahari ke permukaan bumi.
[5 m]



2.
Huraikan cirri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa terjadinya ekuinoks.
[10 m]



3.
Jelaskan kesan bahangan matahari akibat penipisan lapisan ozon terhadap manusia.
[10 m]




SOALAN 2000:

1.
Nyatakan jenis-jenis tenaga haba yang terdapat dalam system atmosfera-bumi.
[5 m]



2.
Mengapakah terdapat perbezaan kadar penyerapan haba pada permukaan bumi.
[10 m]



3.
Bagaimanakah kadar penerimaan haba yang berbeza pada permukaan bumi mempengaruhi aktiviti manusia.
[10 m]







SOALAN 2001:

1.
Huraikan secara ringkas tentang albedo.
[5 m]



2.
Jelaskan proses-proses yang melibatkan bahangan matahari di kawasan laut, udara, dan tumbuh-tumbuhan.
[12 m]



3.
Terangkan bagaimana manusia boleh menjana haba daripada sumber-sumber semula jadi.
[8 m]




SOALAN 2002:

1.
Pada musim tertentu sesetengah kawasan mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malam. Bincangkan pernyataan ini.
[12 m]



2.
Terangkan kepentingan tenaga matahari terhadap kegiatan pertanian di kawasan tropika lembap.
[13 m]




SOALAN 2002:

1.
Apakah yang dimaksudkan dengan bajet haba?
[5 m]



2.
Dengan bantuan gambar rajah, huraikan bagaimana bajet haba terjadi.
[10 m]



3.
Jelaskan fenomena yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bajet haba.
[10 m]




SOALAN 2003:

1.
Huraikan secara ringkas tentang system.
[5 m]



2.
Walaupun jumlah tenaga matahari yang sampai ke system bumi sedikit tetapi sudah cukup untuk menggerakkan system-sistem bumi. Jelaskan
[12 m]



3.
Nyatakan peranan tenaga suria dalam mempengaruhi proses luluhawa.
[8 m]




SOALAN 2004:

1.
Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan bahangan?
[5 m]



2.
Huraikan proses yang menyebabkan berlakunya kehilangan sebahagian daripada jumlah bahangan di atmosfera.
[10 m]



3.
Jelaskan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar.
[10 m]





SOALAN 2005:

1.
Huraikan dua jenis tenaga dalam system bumi.
[5 m]



2.
Huraikan peranan tenaga dalam mewujudkan proses kitar hidrologi.
[10 m]



3.
Jelaskan kepentingan tenaga suria terhadap pelbagai aktiviti manusia di kawasan tropika lembap.
[10 m]




SOALAN 2006:

1.
Apakah yang dimaksudkan dengan system surua?
[4 m]



2.
Huraikan empat sebab mengapa bumi mengalami empat musim yang berbeza.
[12 m]



3.
Jelaskan tiga kesan peredaran bumi terhadap habitat haiwan.
[9 m]




SOALAN 2007:

1.
Apakah yang dimaksudkan sengan soltis musim sejuk?
[5 m]



2.
Huraikan perbezaan jangkamasa antara siang dan malam di kawasan latitude yang berbeza semasa soltis musim sejuk di hemisfera utara.
[12 m]



3.
Jelaskan kesan penerimaan intensity bahangan suria yang rendah semasa soltis musim sejuk terhadap aktiviti manusia di kawasan beriklim sederhana.
[8 m]

0 comments:


Powered by Blogger.